Berdasarkan komunikasi dua hala antara Volvo dan para pelanggannya, ternyata ramai yang menaruh minat terhadap SUV elektrik tersebut.
Produksi Volvo XC40 Recharge dijangka akan bermula pada tahun ini.
Volvo XC40 Recharge P8 AWD merupakan kenderaan elektrik pertama Volvo yang didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 402 hp.
Dengan pek bateri berkapasiti 78 kWh, ia mampu menawarkan jarak operasi sejauh 400 kilometer (data WLTP) dan menggunakan sistem pengecasan pantas 150 kW, ia mampu mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa 40 minit sahaja.
Namun begitu, Volvo masih belum mendedahkan pasaran mana yang bakal menerima Volvo XC40 Recharge P8 AWD, namun benua Eropah berpotensi untuk menjadi antara yang pertama.