Volvo beri bayangan kehadiran sedan, wagon berkuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Buat masa ini, penawaran kenderaan elektrik di bawah jenama Volvo terdiri daripada bentuk badan SUV sahaja, memandangkan ia satu segmen yang memang popular masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda boleh dapatkan SUV kompak Volvo XC40 Recharge atau versi coupe C40 Recharge, dan yang terbaharu SUV saiz pertengahan Volvo EX90 yang baharu sahaja menjengah dunia baru-baru ini.

EV keempat pula dijangka akan muncul pada tahun 2023, turut membawakan bentuk badan SUV.
 

S60


Namun berdasarkan laporan terbaharu daripada Autocar, pengeluar automotif Sweden itu berhasrat untuk mengembangkan lagi portfolio produk EV mereka pada masa depan.

CEO Volvo, Jim Rowan memberikan bayangan tersebut semasa temubual bersama Autocar, baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada sedan dan wagon bakal memainkan peranan penting dalam masa depan elektrik Volvo, Rowan memberikan jawapan yang samar-samar, namun menjelaskan pihaknya sedang cuba untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

“Strategi kami, kami akan melihat kepada demografik yang dirasakan lebih masuk akal. Kami telah memberikan bayangan kehadiran SUV yang lebih kecil (selepas EX90), dan selepas itu mungkin dengan format yang berbeza, sama ada sedan mahupun wagon.

 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…