Volvo bakal lancar model EV kedua Mac 2021

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model kenderaan elektrik pertama Volvo XC40 Recharge, pengeluar dari Sweden itu difahamkan sedang merancang untuk melancarkan model EV kedua yang dijadualkan pada 2 Mac, 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, Volvo Cars turut sama berkongsi beberapa maklumat tambahan berhubung strategi elektrifikasi yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurut bosnya, Hakan Samuelsson memberitahu Automotive News Europe, model baharu ini akan membawakan rekaan yang lebih diperkemas berbanding dengan model XC40 sedia ada.

 


"Kami akan menyembunyikan segala fakta dan butiran sehinggalah tarikh pelancaran, namun saya janji model baharu ini akan menjadi sebuah model EV yang sangat baik rekaannya.

Terdapat kemungkinan model baharu ini bakal membawakan persamaan dengan model konsep yang diperlihatkan sebelum ini, digelar sebagai Concept 40.2.

Jika anda pernah melihat, model Concept 40.2 ini sebenarnya telah pun mempunyai versi produksi penuh dibawah nama Polestar 2, sebuah EV dengan motor elektrik berkembar, kuasa 402 hp/660 Nm dan jarak operasi sejauh 500 km untuk sekali cas penuh.

 


Samuelsson turut menjelaskan bahawa model baharu ini tidak akan menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Volvo V40 yang telah dihentikan produksinya.

"Untuk menjana keuntungan, kami perlu fokus kepada harga yang lebih tinggi, dan segmen kenderaan yang lebih premium," tambahnya.

Pun begitu, ketua unit operasi komersial global Volvo Lex Kerssemakers dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan bahawa mereka akan hadir dengan pengganti V40 dengan ciri-ciri seperti jarak kelegaan tanah yang tinggi untuk memberikan ruang kepada pek bateri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…