Volvo bakal jual trak FH, FM, FMX versi elektrik di Eropah, tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Bermula tahun hadapan, Volvo Trucks akan menawarkan para pelanggan di Eropah varian elektrik sepenuhnya kepada barisan model trak tugas berat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Volvo, ia merupakan satu lonjakan besar bagi syarikat tersebut ke arah menyediakan kenderaan bebas bahan api fosil, di mana pada ketika ini mereka sedang menguji trak tugas berat berkuasa elektrik untuk model Volvo FH, Volvo FM dan Volvo FMX.

Dengan menawarkan jarak operasi sejauh 300 km, kesemua model ini akan digunakan untuk operasi pengangkutan dan juga pembinaan di wilayah Eropah, di mana produksi berskala besar akan dimulakan pada tahun 2022.

 


Sebelum ini, Volvo Trucks telah pun mula menghasilkan model FL Electric dan FE Electric pada tahun 2019, dan ia dikhususkan untuk operasi di dalam bandar terutama untuk tujuan pengedaran dan pengurusan sisa buangan di Eropah.

Menurut Roger Alm selaku Presiden Volvo Trucks berkata, "casis trak kami direka untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada jenis trenkuasa yang digunakan.

"Jadi, para pelanggan boleh memilih apa jua jenis trak yang mereka mahukan, cuma perbezaannya adalah jenis trenkuasa (diesel atau elektrik).

"Para pemandu seharusnya sudah arif dan mampu untuk mengoperasikan mana-mana trak tugas berat dengan mudah tidak kira apa jua jenis trenkuasa yang ditawarkan.

 


Selari dengan hasrat Volvo Cars, Volvo Trucks juga mahu mensasarkan tahun 2040 sebagai tahun di mana mereka akan mula menjual produk bebas bahan api fosil sepenuhnya untuk kesemua model trak.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dua unit terawal itu telah diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. Pengenalan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Volvo FL Electric membawakan motor elektrik tunggal berkuasa 241 hp (180 kW…
Berita Global
Aplikasi yang direka khusus untuk trak elektrik tersebut dikatakan mampu menyalurkan informasi yang…