Volvo 245 Wagon + enjin V10 Gallardo = The Ultimate Sleeper!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses penukaran enjin (engine swap) bukanlah satu perkara yang asing bagi para peminat dan pencinta elemen kelajuan. 

Antara contoh yang biasa kita dengar sebelum ini ialah Wira dengan enjin 4G93 atau lebih ganas 4G63T dari Evolution III. 

Ataupun Perodua Myvi penguasa lebuhraya dengan enjin K3-VET.

Begitu juga dengan pemilik Volvo 245 Wagon ini, Peter Bjork apabila beliau turut membawa masuk enjin paling popular untuk dimodifikasi ke dalam kereta projek, iaitu 2JZ-GTE. 

Walaupun kedengaran agak klasik pada zaman yang serba moden ini, namun 2JZ diiktiraf sebagai antara pilihan enjin yang terbaik, berkuasa dan tahan lasak. 

Namun, bagaimana sekiranya pemilik sudah mula bosan dengan enjin enam silinder sebaris tersebut?


 


Jawapannya mungkin mengejutkan, apabila beliau kini sudah pun membuat proses transplant enjin V10 daripada Gallardo!

Unit yang diperoleh itu berpunca daripada sebuah Lamborghini yang rosak akibat kemalangan jalan raya, jadi ia menghadapi sedikit masalah kerana blok enjin yang retak. 

Antara masalah lain yang timbul ialah enjin yang terlalu besar untuk dimuatkan selain pemilik sukar untuk mencari kotak gear yang sesuai untuk projek 245 V10 ini. 

Walaupun dengan rintangan yang dihadapi, apabila ia berada di tangan pemilik yang berjiwa besar (dan duit tidak menjadi masalah), tidak mustahil wagon ini mampu menjadi The Ultimate Sleeper yang sebenar-benarnya. 

Masakan tidak, Volvo 245 wagon ini tiada sebarang kit badan yang menembak langit dan keempat-empat rim pun masih kekal dengan rim besi!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…