Volkwagen ID.7, model VW pertama boleh kesan kedudukan matahari!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen ID.7
Volkswagen ID.7
Kedudukan kereta sedan dilihat tergugat selepas begitu banyak kenderaan utiliti sukan (SUV) dilambakkan ke pasaran.

Ditambah dengan kehadiran kereta elektrik sekarang dalam aneka bentuk badan.

Masih banyak sebenarnya kereta sedan ditawarkan namun dalam bentuk tersipu-sipu seperti fastback, coupé empat pintu dan crossover.

Pada awal Januari, Volkswagen mendedahkan sebuah sedan elektrik yang diberi nama ID.7.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen ID.7

 

Walaupun dalam bentuk sedan 2.5 (but pendek), kehadiran ID.7 memberi nafas lega kerana VW terang-terang memaklumkannya sebagai sebuah sedan.

Satu lagi, ID.7 mewakili suara peminat kereta elektrik yang mahukan sebuah sedan dan bukan SUV atau crossover.

Syukur dua pasaran kereta terbesar di China dan Amerika Syarikat masih mempunyai pembeli yang mahukan kereta sedan.

Sebagai sebuah kereta elektrik, VW memanfaatkan ID.7 untuk memperkenalkan teknologi canggih sistem penyaman udara pintar.

 

Volkswagen ID.7

 

Di antara fungsi canggih yang dimaksudkan ialah penyejukan secara pintar dan pengesanan kedudukan matahari.

Corong udara pintar yang bertindak balas dengan pantas

Sistem ID.7 boleh mengaktifkan penyaman udara sebelum penumpang masuk ke dalam kereta. Bahagian dalaman disejukkan pada cuaca panas dan dipanaskan ketika cuaca sejuk.

Jika pintu kereta dibuka ketika suhu panas di luar, corong udara pintar akan mengagihkan udara dengan pantas ke ruang yang besar melalui pergerakan melintang dan dinamik.

 

Volkswagen ID.7

 

Apabila penumpang berada di dalam kereta, aliran udara boleh dihalakan terus kepada badan atau digunakan untuk pengudaraan tidak langsung pada ruang dalam kereta mengikut pilihan peribadi.

ID.7 adalah model VW pertama yang dilengkapi sistem kawalan pintar sebegitu.

Kawalan dari skrin 15 inci

Sudah menjadi kebiasaan untuk kereta elektrik hadir dengan butang digital. Fungsi kawalan suhu ID.7 dibuat melalui skrin besar saiz 15 inci (lebih besar dari skrin komputer riba 14 inci).

 

Volkswagen ID.7

 

Melalui menu penyaman udara, kesemua corong penyaman udara pintar boleh dikawal secara digital.

Kekuatan dan arah pergerakan diudara boleh dilaras secara intuitif dan menariknya boleh disimpan mengikut tetapan peribadi.

Kawalan suhu pula dibuat melalui geseran pada skrin.

 

Volkswagen ID.7

 

Tetapan penyaman udara guna arahan suara

Sistem penyaman udara boleh diaktifkan melalui arahan suara dan tetapan disimpan mengikut arahan khas.

Sebagai contoh arahan suara “Hello Volkswagen, my hands are cold” (tangan saya sejuk!) akan menghalakan udara panas kepada tangan di stereng dalam tempoh lima minit.

Penyaman udara mengikut pilihan peribadi

Setiap individu mempunyai larasan suhu tersendiri dan biasanya penyaman udara perlu dilaras apabila bertukar pemandu.

 

Volkswagen ID.7

 

Memahami keadaan tersebut, setiap individu boleh membuat tetapan sendiri dan disimpan di bawah Personalisations termasuk tetapan sistem penyaman udara automatik.

Satu ciri yang ideal untuk kereta yang kerap bertukar pemandu seperti suami atau isteri.

Model VW pertama yang boleh mengesan kedudukan matahari

Di dalam mod automatik, sistem penyaman udara pintar ID.7 akan bertindak balas kepada suhu sekeliling.

Sebagai contoh, sensor pada cermin depan mengesan sudut tuju (incident angle) cahaya matahari dalam keadaan suhu luar dan keamatan suria yang tinggi.

 

Volkswagen ID.7

 

Apabila matahari memancar dengan kuat pada satu bahagian kereta, sistem ID.7 akan membuat penyesuaian penyaman udara kepada bahagian yang lebih panas.

Pada peringkat pertama ke bahagian kabin kereta yang terjejas dan selepas itu kepada penumpang. 

Canggih bukan? Jika sebelum ini kereta boleh mengesan hujan dan suasana gelap, selepas ini mampu mengesan cahaya matahari.

Tidak sekadar konsep, ID.7 akan menemui pasaran China dan Eropah pada tahun ini dan menyusul ke Amerika Utara pada 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
EV sedan pertama Volkswagen itu bakal menjadi menjadi saingan kepada jenama Tesla Model 3 dan…