Volkswagen umum penstrukturan semula Jadual Servis Berkala

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan penstrukturan semula jadual servis berkala bagi kesemua kereta jenama Volkswagen berkuatkuasa 1 April 2018. Penjadualan semula ini turut menawarkan penjimatan sehingga 26% kepada pemilik kenderaan (pengiraan berdasarkan tempoh 5 tahun atau 75,000km, yang mana terdahulu).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengarah Urusan VPCM, Florian Steiner berkata langkah ini adalah sejajar dengan matlamat syarikat untuk meningkatkan lagi pengalaman hak pemilikan di samping memberikan jaminan kepada para pemilik Volkswagen. Ini digabungkan lagi dengan pengenalan program tiga tahun jaminan servis percuma dilihat mampu mengurangkan kos pemilikan sesebuah Volkswagen.

 

Penjadualan ini turut melibatkan pemilik model Volkswagen yang terdahulu. Senarai alat ganti disenaraikan di dalam laman web rasmi Volkswagen Malaysia. Namun begitu, penjadualan ini hanya terhad kepada model kereta yang dijual secara rasmi oleh pihak VPCM sahaja.

 

Para pemilik Volkswagen boleh melayari laman web rasmi VPCM di alamat yang berikut untuk maklumat lanjut: www.volkswagen.com.my.

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…