Volkswagen uji prestasi servis selepas jualan di VW RQWC

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akademi Latihan Volkswagen di Glenmarie baru-baru ini menganjurkan program Kejohanan Dunia Kelayakan Jualan Runcit (RQWC) bagi peringkat akhir kebangsaan 2018/2019. 

Volkswagen RQWC merupakan satu bentuk penilaian global yang merangkumi ujian secara dalam talian, teori, praktikal dan peperiksaan yang terbuka kepada semua kakitangan pengedar – terutama perunding servis, ketua juruteknik dan perunding alat ganti servis. 

Penilaian itu direka dan diubah suai dengan misi untuk mengukuhkan rangkaian pengedar, menambah baik kualiti dan aspek kepuasan pelanggan. Selain memberi gambaran mengenai standard dan amalan di peringkat global. 
 


Bermula sejak tahun lalu, seramai 311 peserta dari rangkaian Volkswagen di Malaysia telah mengambil bahagian dalam ujian secara dalam talian itu dan 27 orang yang terbaik dipilih untuk peringkat akhir kebangsaan. 27 orang finalis itu terdiri daripada 10 orang perunding servis, 10 perunding alat ganti dan 7 orang ketua juruteknik. 

Juara peringkat akhir kebangsaan RQWC ialah Lu Weng Jen dari MHV Autohaus (Volkswagen Gombak) dalam Kategori Perunding Servis; John Leow Zhi Kuan MHV Autohaus (Volkswagen Gombak) dalam Kategori alat ganti servis dan Yeoh Chun Ping dari Goh Brother Motors (Volkswagen Juru) untuk Kategori Ketua Juruteknik.  

Peringkat Akhir Kebangsaan 2018/2019 yang berlangsung mulai 19 hingga 21 Februari di Akademi Latihan Volkswagen itu dibahagikan kepada beberapa modul berdasarkan kepada kategori tertentu selama tiga hari berturut-turut. 
 


Perunding servis diuji dari segi kemahiran insaniah, ucapan aluan dan sistem selepas jualan. 

Sementara perunding alat ganti diuji menerusi senario lakon peranan, sistem selepas jualan dan satu peperiksaan bertulis. 

Ketua juruteknik pula diuji dari aspek ucapan aluan, kecekapan diagnostik, kecekapan profesional teknikal dan methodologi sistematik.  
 


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu, penyertaan dalam penilaian di peringkat global ini merupakan satu cara dalam memastikan kecemerlangan yang berterusan dari segi standard tempatan. 

“Para pelanggan adalah keutamaan kami – jadi ini merupakan salah satu inisiatif utama yang kami jalankan untuk mengangkat falsafah Volkswagen Cares iaitu menyediakan produk berkualiti dan bernilai tambah. Lebih penting lagi, menawarkan perkhidmatan yang luar biasa kepada para pelanggan di seluruh rangkaian kami.“   

Silibus peringkat Akhir Kebangssan RQWC disediakan oleh Volkswagen AG. Sementara aspek pelaksanaan dan penilaian dilakukan di dalam negara oleh panel juri daripada Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).
 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
EON semalam menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petromin Arab Saudi untuk menceburi bidang…
Berita Domestik
Justeru itu, UMW Toyota mengumumkan mereka memulakan semula operasi jualan dan servis selepas…