Volkswagen Tour 2019 di 1Utama sehingga 3 Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Luangkan masa hujung minggu anda untuk menyertai cara bergerak Volkswagen Tour 2019 bertempat di Lower Ground Oval (New Wing) 1Utama Shopping Centre bermula sekarang sehingga 3 Mac 2019. 

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk para pengunjung seperti penampilan maskot istimewa Buckle dan minuman percuma "Gopitiam" Kombi OLDTOWN White Coffee di samping melihat dengan lebih dekat barisan kenderaan Volkswagen - termasuklah unit terhad Beetle yang bakal ditamatkan produksi tahun ini. 

Selain daripada itu, turut menyertai pameran ialah Tiguan JOIN yang datang dengan pelbagai aksesori menarik seperti tambahan elemen rekaan pada bahagian hadapan, spoler belakang, kemasan pada trunk, tip ekzos krom, serta paket VW Tint bernilai sehingga RM10,000. 

Sesi pandu uji bagi model-model seperti Poli, Vento, Beetle, Passat, Tiguan dan Golf turut disediakan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman di dalam sebuah Volkswagen.

 


Mana-mana pembeli yang membuat tempahan ketika acara roadshow sedang berlangsung akan menerima baucer petrol eksklusif bernilai RM500 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Pelanggan Volkswagen sedia ada yang memiliki kenderaan baharu dan kenderaan berusia lima tahun ke atas adalah dijemput ke booth Volkswagen Cares untuk mendapatkan cara menyertai keahlian Volkswagen Care Plus.