
Touareg yang kini memasuki generasi ketiga mempunyai sejarah panjang dan sejak penghujung 2002 telah menjadi model penting buat VW.
Sejak tarikh itu juga sebanyak satu juta unit Touareg berjaya dihasilkan dan bagi meraikan pencapaian ini VW mengeluarkan edisi khas ONE Million.
Di antara ciri eksklusif Touareg ONE Million ialah warna pilihan Sechura Beige dengan dua jenis tawaran roda berukuran 20 inci Bogota atau 21 ince Suzuka.
Ciri lain ialah lampu belakang yang digelapkan, panel ambang pintu dengan tulisan ONE Million dan logo hitam pada tiang B.

Ciri yang menonjolkan Touareg One Million ialah pilihan kit badan R-Line Black Style yang berjaya menaikkan lagi imej SUV ini.
Gayaan Touareg diteruskan pada bahagian dalaman seperti balutan kerusi kulit Puglia dan sulaman berbentuk berlian pada tempat duduk hadapan dan beberapa lagi komponen seperti papan pemuka, stereng dan tombol gear.
Harga Volkswagen Touareg ONE Million bermula daripada EUR80,880 (RM371,223) untuk pilihan enjin V6 TDI1 berkuasa 286 PS.
Volkswagen Touareg hanya dikeluarkan di satu kilang sahaja untuk pasaran dunia iaitu di Bratislava, Slovakia.
Penulis: Muhammad Md Tajudin