Volkswagen Touareg 2024, ada R-Line dan Touareg R berkuasa tinggi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Touareg R-Line
Volkswagen Touareg R-Line
Tahukah anda? Touareg yang diperkenalkan pada 2002 merupakan kenderaan utiliti pertama (SUV) dari Volkswagen. 

Touareg dibawa masuk ke pasaran tempatan pada 2008 dan sepanjang penawarannya pembeli boleh dapatkan varian petrol, diesel dan menariknya hibrid pada 2012.

Touareg kini berada di dalam generasi ketiga dan jualan kumulatif sejak generasi pertama sudah melebihi 1.13 juta unit.

Mula dikeluarkan pada 2018, tiba masa untuk kerja-kerja naik taraf dan itu yang dilakukan Volkswagen dengan memperkenalkan Touareg 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volkswagen Touareg 2023

 

Touareg 2024 didatangkan dengan perubahan visual depan dan belakang, suspensi, paparan dan pengoperasian baharu.

Di antara perkakasan yang digunakan ialah lampu depan matrik HD LED, lampu belakang LED dan lampu melintang pada gril dan pintu but.

Touareg dijadikan platform teknologi VW dan banyak perkakasan baharu dirasmikan dahulu sebelum diturunkan kepada model-model lain di dalam kumpulan.

 

Volkswagen Touareg R eHybrid 2023

 

Lampu depan matrik HD LED pada Touareg 2024 adalah yang pertama untuk model VW dan dikatakan satu daripada sistem pencahayaan terbaik di dunia.

Ada lebih 38,000 LED interaktif yang memancarkan cahaya terus pada laluan pemanduan dan menerangi jalan dengan lebih tepat berbanding sebelum ini.

Pilihan lampu depan matrik IQ.LIGHT HD LED pula mempunyai ciri anti silau untuk lampu alur tinggi.

 

Volkswagen Touareg R eHybrid 2023

 

Masih lagi tentang lampu, logo VW mempunyai nyalaan merah dan pertama kali digunakan pada model VW di Jerman.

Sebelum ini logo bercahaya hanya dibenarkan di China dan Amerika Syarikat.

Komponen depan turut diganti seperti gril, bampar dan apron yang kekal dengan rekaan bersegi dan bukaan luas dan lebar namun dengan olahan baharu.

Perubahan paling ketara ialah pada bahagian belakang dengan lampu bersambung dari kanan ke kiri.

 

Volkswagen Touareg R-Line 2023

 

VW turut menambah baik tetapan suspensi dengan memasang sensor muatan bumbung baharu yang dihubungkan dengan sistem elektronik.

Jika beban pada bumbung dikesan, sistem kawalan seperti Kawalan Penstabilan Elektronik (ESC) akan diaktifkan lebih awal bagi meningkatkan kestabilan pemanduan.

Jika pemandu tidak meletakkan sebarang beban seperti kotak bumbung dan sebagainya, sistem beroperasi dengan lebih sporti.

Bergantung kepada varian, VW menawarkan teknologi seperti penggantian olengan aktif (active roll compensation) dan putaran stereng semua roda (all-wheel steering).

 

Volkswagen Touareg R eHybrid 2023

 

Pada bahagian dalam, Innovision Cockpit dijadikan ciri standard yang terdiri daripada Kokpit Digital dan sistem maklumat hibur premium Discover Pro Max.

Fungsi Innovision Cockpit seperti navigasi lorong dan data peta resolusi tinggi telah ditingkatkan.

Kawalan suara juga ditambah baik dan sambungan USB-C kini mempunyai kapasiti pengecasan 45 watt berbanding 15 watt sebelum ini.

VW turut mengambil kira maklum balas pengguna sebagai contoh penggunaan kemasan konsol tengah yang lebih lembut dan selesa.

 

Volkswagen Touareg R eHybrid 2023

 

Dari segi bantuan pemanduan, Touareg dilengkapi sistem Bantuan Pemanduan, Park Assist Plus dengan kawalan jauh, Bantuan Tunda dan Night Vision.

Berkenaan enjin, Touareg ditawarkan dalam lima pilihan dan kesemuanya dengan bentangan V6, transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda 4MOTION.

Pembeli boleh dapatkan enjin 3.0 liter V6 turbo, dua jenis 3.0 liter V6 diesel turbo dan dua hibrid plug-in.

Ada tiga varian utama iaitu Touareg Elegance, Touareg R-Line dan paling premium Touareg R eHybrid yang dibangunkan Volkswagen R.

 

Volkswagen Touareg R eHybrid 2023

 

Touareg R eHybrid digerakkan enjin 3.0 liter V6 petrol yang digabung bersama motor elektrik dan menghasilkan 456 kuasa kuda (hp) dan lebih tinggi daripada 375 hp pada model standard.

Seperti biasa, model berprestasi itu dilengkapi ciri khas di antaranya angkup brek biru dengan logo R warna perak, rim Braga 20 inci dan bumbung panoramik.

Turut dilengkapi suluhan logo R dari cermin sisi, pelapik alang pintu dengan logo R bercahaya, riasan biru pada bahagian dalam dan kawalan udara automatik empat zon.

Kerusi dibalut kulit dengan rekaan Vienna atau pilihan Puglia dan sarung kunci kulit dan logo R.

 

Volkswagen Touareg R eHybrid 2023

 

Selain warna tradisi VW R iaitu Lapiz Blue Metallic, pembeli juga ditawarkan warna kusam Silicon Gray Matt.

Di Jerman, Touareg Elegance dijual daripada 75,070 euro (RM371,210) dan 79,660 euro (RM393,958) untuk Touareg R-Line.

Varian paling premium dan sporti Touareg R eHybrid pula berharga 93,870 euro (RM464,259).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Touareg Elegance 2023