Volkswagen Tiguan tampil dengan penambahbaikan baharu

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan penambahbaikan untuk model SUV Tiguan mereka dari segi Paparan Info Aktif (AID) 2019 dan lampu belakang dari jenis LED. Penambahbaikan itu melibatkan semua Tiguan bermula dari bulan Mac 2019 ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Paparan Info Aktif baharu itu terdiri daripada paparan warna transistor filem nipis (TFT) beresolusi tinggi yang sama seperti telefon pintar.

Ia menawarkan fungsi dan ciri dalam bentuk paparan grafik 2D dan 3D bagi tujuan nagivasi serta media. Tiga skrin pandangan yang boleh diubah suai menerusi sistem infotainment bersama  30 kombinasi pilihan, selain pandangan peta 3D bagi tujuan navigasi yang lebih baik. 
 

 

Pada bahagian luaran, lampu belakang LED juga dinaik taraf dengan unit baharu bersama grafik lampu yang tersendiri. Bukan sekadar untuk gaya, lampu belakang itu juga mempunyai animasi brek yang meningkatkan lagi tahap pandangan dan keselamatan. Lampu belakang tersebut menggunakan sistem LED sepenuhnya. 
 

 

Penambahbaikan ini tidak melibatkan sebarang kenaikan harga dan harga Tiguan masih kekal pada RM165,990 untuk varian Highline dan RM175,990 bagi model JOIN. 

 

Semua kenderaan Volkswagen hadir bersama penyelenggaraan percuma tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. 

 

Secara ringkas spesifikasi Tiguan adalah seperti berikut:


 - enjin turbo 1.4 TSI (DSG) 
 - Transmisi 6-kelajuan dengan mode sport 
 - kuasa 150PS 
 - tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm 
 - pecutan 0-100km/j dalam masa 8.9 saat sahaja
 - Enam beg udara
 - Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
 - ICRS (Intelligent Crash Response System)
 - Electronic Parking Brake (EPB)
 - Hill-Hold Control
 - brek multi-pelanggaran

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…
Berita Domestik
Terletak di Gombak, bilik pameran DWA pertama itu dikendalikan oleh MHV Autohaus, salah satu…
Model Terbaharu
Arteon R-Line 4MOTION untuk pasaran Malaysia kini ditawarkan dengan ciri IQ.DRIVE yang merangkumi…