Volkswagen Tiguan Allspace R-Line 2021 ditambahbaik

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia mengumumkan beberapa penambahan ciri baharu ke atas model Volkswagen Tiguan Allspace R-Line 2021.



Penambahbaikan pada Tiguan Allspace R-Line 2021 adalah ia kini dilengkapi dengan port pengecas dan data USB-C, serta menaiktaraf radio yang hadir bersama ciri App-Connect tanpa wayar untuk sinabungan ke Apple Car Play.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tiguan Allspace R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI dengan pancitan terus bahan api. Dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift (DSG) 7-kelajuan, ia mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm. Ciri penting yang ada pada SUV ini ialah sistem pacuan semua roda 4MOTION yang membuatkannnya bersedia untuk mengharung  setiap jenis permukaan jalan. 

 

Video kami di sini tentang Tiguan Allspace R-Line di bawah ini:

 

 

 

vw

 


Kempen Selepas Jualan Raya 

 

Bermula sekarang hingga 13 Jun, para pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk minyak enjin tulen Volkswagen.  


Pelanggan yang berbelanja (minimum) RM1,200 akan menerima satu kit penjagaan kereta secara percuma. Ia merangkumi penggilap (wax), syampu, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol bersaiz 50ml. Mereka juga akan menerima paket wang Hari Raya secara percuma*.

 

*sehingga stok masih ada

 

passat

 

Volkswagen di ACE

     
Volkswagen akan mengambil bahagian dalam acara Auto Car Expo (ACE) pada 17 dan 18 April di Setia City Convention Centre. Antara penawaran yang akan diberikan adalah rebat tunai tambahan sebanyak RM1,000 bersama promosi sedia ada. 


Mereka yang berminat dengan model Passat juga akan menikmati percutian mewah yang ditanggung sepenuhnya di Pangkor Laut Resort apabila menempah Elegance dan R-Line. 


Imbuhan tambahan juga diberikan di mana setiap pembelian baharu Passat Elegance, pembeli diberikan insurans percuma selama 1 tahun bernilai RM5,500. Manakala Passat R-Line pula diberikan voucher petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.


Model-model yang dipamer serta boleh dipandu uji termasuklah Arteon R-Line, Passat Elegance, Passat R-Line, Tiguan Allspace R-Line dan Highline. Terdapat juga kenderaan terpakai di bawah Das WeltAuto untuk dipamerkan serta boleh dipandu uji pada acara tersebut. 


Makumat lanjut, sila layari laman web: htpps://www.volkswagen.com.my 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…