Volkswagen tidak mahu jadi pengeluar terbesar di dunia, kurangkan 60 peratus model sehingga 2030

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Volkswagen seperti yang kita semua maklum merupakan antara pengeluar automotif yang terbesar di dunia di belakang Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan perancangan terbaharu, Volkswagen dilihat tidak lagi mahu mengejar Toyota, sebaliknya mahu mengurangkan sehingga 60 peratus model berenjin pembakaran menjelang akhir dekad ini.

Laporan daripada Automotive News turut menyebut Volkswagen akan lebih fokus kepada menghasilkan kenderaan-kenderaan yang lebih premium dan menguntungkan.

Ketika bercakap kepada Financial Times, ketua unit kewangan Arno Antlitz berkata, "kunci utama sasaran kami bukanlah pertumbuhan, kami lebih tertumpu kepada kualiti dan margin, dan bukan lagi menumpukan perhatian pada pegangan pasaran dan bilangan angka jualan.

Dalam tempoh lapan tahun akan datang, sekurang-kurangnya 100 buah model daripada pelbagai jenama di bawah naungan Volkswagen akan dihentikan penawarannnya di Eropah yang terdiri daripada kereta petrol dan diesel.

Strategi baharu Volkswagen itu dilihat merupakan satu petanda perubahan yang mendalam di dalam sektor automotif, di mana mereka sebelum ini mencuba selama beberapa dekad untuk meningkatkan keuntungan dengan menjual lebih banyak kenderaan setiap tahun.

Sebagai info, tahun 2021 Volkswagen berjaya menjual sebanyak 9,305,000 unit kenderaan, manakala Toyota pula berjaya mendahului dengan angka 10,495,548 juta unit kenderaan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…