Volkswagen tawar promosi istimewa untuk model Passat sepanjang bulan Mac ini

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengadakan promosi bulan Mac dengan penjimatan ke atas rangkaian model Passat dan tawaran alat ganti baharu untuk Repair Packages (Pakej Pembaikan).


Tawaran ke atas Passat Elegance dan Passat R-Line juga telah dilanjutkan dan pelanggan baharu akan menikmati insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma juga selama setahun bernilai RM2,500. Untuk tempahan menerusi Volkswagen eShowroom pula, anda akan menikmati rebat dalam talian tambahan sebanyak RM3,500.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Passat Elegance dan Passat R-Line didatangkan dengan enjin 2.0TSI turbo yang dipadankan bersama kotak gear DSG. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 190 PS dan tork 320 Nm.

 

Varian tertinggi Passat R-Line juga dilengkapi Dynamic Chassis Control (DCC) dan ciri-ciri canggih lain untuk pengalaman pemanduan yang dinamik. Dengan pengecualian cukai, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 dan harga R-Line pula ialah RM203,411.

 

repair pakej

 

Bagi pemilik kenderaan Volkswagen yang berusia lebih lima tahun, anda tidak dipinggirkan dan boleh terus memanfaatkan tawaran istimewa Repair Packages  termasuk peralatan penyerap hentak hadapan dan belakang, cakera brek hadapan dan belakang, roda penggalas depan belakang serta tali sawat pemasaan mulai bulan ini.

 

Alat ganti dan kos buruh ke atas model-model tertentu hadir dengan diskaun sebanyak 30 peratus dan jaminan selama dua tahun untuk memberi keyakinan terhadap jenama ini.

 

Sebagai jaminan tambahan, hanya alat ganti 100 peratus tulen Volkswagen sahaja yang akan digunakan. Manakala komponen-komponen yang relevan seperti nat dan bolt akan diganti sebagai sebahagian daripada kos bagi memastikan prestasi serta keselamatan yang lebih baik.

 

Berikut adalah penjimatan yang diperoleh berdasarkan kepada alat ganti:

 

Pakej Pembaikan Penjmatan sehingga
Set penyerap hentak hadapan RM1,702
Set penyerap hentak belakang RM1,174
Set brek hadapan RM1,117
Set brek belakang RM786
Roda penggalas hadapan (1 unit) RM586
Roda penggalas hadapan (1 pasang) RM1,146
Roda penggalas belakang (1unit) RM483
Roda penggalas belakang (1 pasang) RM958
Tali sawat pemasaan RM448

 

Untuk menikmati promosi ini, pemilik kenderaan Volkswagen hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares. Mereka kemudian perlu menunjukkan e-baucar yang diterima di mana-mana pusat servis sah Volkswagen.

 

Para pemilik boleh menempah temu janji servis mereka secara dalam talian dan memilih pengedar, tarikh dan masa yang diingini dengan cara memberikan perincian kenderaan masing-masing. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara percuma juga ada disediakan berdasarkan kepada permintaan.

 

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan yang ketat di bawah inisiatif #SafeHands Volkswagen. Ia merangkumi proses sanitasi premis dan titik-titik sentuhan utama, pemeriksaan keselamatan yang betul, penerimaan kenderaan tanpa sebarang hubungan, selain sanitasi ke atas semua unit pandu uji dan pameran.

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…