Volkswagen tawar 'Angpao' sempena promosi Tahun Baru Cina

oleh SALINA JALIL|
Sempena perayaan Tahun Baru Cina (CNY) 2022 yang bakal diraikan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan promosi perayaan bermula hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Antara tawaran tersebut adalah rebat angpow RM1,000, penjimatan RM3,500 di eShowroom dan pengecualian cukai jualan untuk empat model berikut:

- Arteon R-Line 4MOTION,
- Passat Elegance
- Tiguan Allspace Highline
- Tiguan Allspace R-Line


Selain itu, model Passat Elegance juga penambahan rebat RM2,500 serta kad petrol percuma selama setahun. 

 

 

VPCM menjanjikan pemilikan lebih mudah dengan penawaran penyelenggaran percuma selama tiga tahun  dan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun.


Semua wakil pengedar Volkswagen di seluruh negara akan turut menganjurkan bilik pameran terbuka dari 15 hingga 16 Januari serta menyediakan sesi pandu uji.


VPCM juga menyediakan pemeriksaan kenderaan percuma di semua pusat servis yang terpilih. 

 

Pemilik Volkswagen dinasihatkan membuat janji temu dengan mudah melalui aplikasi Volkswagen Cares.

 

 

tiguan


Pemilik yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM800, anda akan mendapat kit pembasmi kuman kereta percuma bermula 13 Januari ini.


 
Hadiah ini juga turut merangkumi  rawatan ozon atau kabus dan kepada mereka yang menggantikan penapis udara HEPA atau penapis udara arang.


Volkswagen menawarkan pelan pembayaran mudah dengan kadar faedah 0% dengan pilihan ansuran selama enam atau 12 bulan (tertakluk kepada terma dan syarat). 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…