Volkswagen tamatkan produksi up! akhir tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen up! merupakan model terakhir dalam trio kereta bandar VW Group yang akhirnya ditamatkan produksi setelah model Skoda Citigo dihentikan pada tahun 2020, diikuti SEAT Mii pada tahun berikutnya.

VW up! mula diproduksikan pada tahun 2011 sebagai sebahagian daripada siri kereta segmen A New Small Family (NSF) yang direka untuk pasaran Eropah.

Dengan tempoh produksi selama 12 tahun, VW up! merupakan salah satu model kereta tertua yang dijual oleh syarikat konglomerat tersebut.
 

up


Walaupun pada asalnya direka sebagai sebuah kereta bandar, VW up! pernah ditawarkan dalam versi hot hatch up GTI 115 PS, serta hatchback berkuasa elektrik e-up! dengan jarak gerak 260 km untuk sekali cas penuh.

Peranan yang ditinggalkan oleh e-up! akan diisi oleh sebuah model EV ID.1 serba baharu yang paling kecil dan mampu milik, di mana tiada lagi varian enjin pembakaran dalaman yang akan ditawarkan di pasaran Eropah.
 

up

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan kewangan yang diumumkan baru-baru ini, Volkswagen menyatakan beberapa faktor utama…
Berita Global
  Di Eropah, Kumpulan VW kekal sebagai peneraju pasaran EV yang dominan dengan penguasaan pasaran…
Berita Global
Projek ini masih berada pada peringkat penyelidikan dan menggunakan sebuah kenderaan konsep yang…