Volkswagen T6.1 diubah suai jadi van memasak dan jelajah basikal!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Performance Transporter
Volkswagen Performance Transporter
Selain sedan dan hatchback, van barang juga seronok untuk diubah suai. Cuma ia jarang dibuat kecuali anda menemui van penumpang dari negara jiran.

Ini pula van yang diubah suai dari United Kingdom iaitu Volkswagen Transporter 6.1.

Van one-off tersebut mempunyai beberapa kemudahan seperti tempat tidur, ruang simpanan basikal, perkakasan kulinari premium dan rekaan luar dan dalam yang menarik.

Van T6.1 tersebut diserahkan Volkswagen Commercial Vehicle kepada chef Michelin, Alan Murchison bagi membantu tugasannya dalam menyediakan makanan untuk pasukan basikal wanita. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Volkswagen Performance Transporter

 

Pengubahsuaian van itu dilakukan oleh CJL Leisure Vehicles, sebuah syarikat yang diperakui oleh Volkswagen Commercial Vehicles untuk kerja-kerja sebegini.

Alan Murchison bukan calang-calang chef, beliau telah bekerja dan menguruskan restoran berbintang Michelin lebih dari 25 tahun.

Beliau sekarang ini merupakan ketua chef untuk pasukan Jelajah Dunia Wanita Canyon/SRAM UCI dan pernah berkhidmat bersama pasukan basikal Britain (British Cycling).

Selain itu beliau juga seorang yang aktif dalam aktiviti berbasikal dan pernah menjuarai pertandingan sprint duathlon Eropah dan Dunia dalam kategori umurnya.

 

Volkswagen Performance Transporter

 

Di antara ubah suai yang dibuat pada van T6.1 ialah ruang simpanan untuk lima buah basikal dan bilik basah dengan kelengkapan membasuh bertekanan tinggi.

Peralatan dapur pula terdiri daripada peti sejuk 40 liter, sinki dan dapur gas.

Turut dilengkapi ialah mesin pembuat kopi La Marzocco Linea Mini dan pengisar yang dikuasakan oleh inverter 3000 watt, dua bateri jenis AGM (absorbed glass mat) dan panel solar 350 watt di atas bumbung.

Menyerlahkan lagi van T6.1 ini ialah balutan grafik yang diinspirasi dari Rapha, jenama pakaian dan aksesori basikal terkenal.

 

Volkswagen Performance Transporter

 

Van sebegini pasti menjadi idaman untuk pasukan basikal ditambah pula dengan khidmat yang disediakan oleh chef terkenal.

Lengkap dengan tempat tidur, tempat memasak dan ruang untuk membasuh basikal. Turut menggiurkan pastinya kopi dari mesin premium.

Hmm...tiba-tiba sahaja terasa aroma kopi yang menyelerakan!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Performance Transporter