Volkswagen Sg Besi kini di bawah GVE Asia Group

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan perubahan pengedar di Sg Besi. Ia berkuatkuasa pada 2 Disember 2019 lalu dan Volkswagen Sg. Besi akan beroperasi dengan rakan pengedar yang baru, GVE Asia Group yang mengambil alih dari Wearnes Automotive.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

GVE Asia Group merupakan sebuah syarikat automotif utama yang mengedar serta menjual kereta penumpang premium di Malaysia. Operasi perniagaannya terdiri daripada pengedaran kereta terpakai, jualan, selepas jualan dan perkhidmatan berkaitan automotif yang lain. Ini adalah usaha pertama GVE Asia untuk menyertai rangkaian Volkswagen.
 

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan penghargaan kepada Wearnes Automotive atas sokongan mereka selama 11 tahun.

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wearnes Automotive kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Volkswagen. Kami telah menyaksikan pertumbuhan pesat selama beberapa tahun dan khidmat mereka kepada jenama ini memang tidak ternilai.

 

Pada masa yang sama, saya juga berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan GVE Asia Group ke dalam rangkaian ini. Saya tidak sabar melihat hasil kerjasama ini untuk sama-sama membina jenama Volkswagen dan memenuhi keperluan para pelanggan.” 

 

Volkswagen Sg. Besi merupakan sebuah pusat 3S yang berfungsi memenuhi keperluan para pemilik Volkswagen.

 

Memiliki ruang seluas lebih 75,181 kaki persegi melibatkan sebuah bangunan dua tingkat, bilik pamerannya boleh mempamerkan sembilan buah kenderaan dan menempatkan pelbagai kemudahan selepas jualan yang mematuhi standard global Volkswagen.  

 

Pelanggan juga boleh menggunakan ruang menunggu moden yang lengkap dengan televisyen, Wi-Fi dan kafe. 

 

Waktu operasi Volkswagen Sg Besi tidak berubah: 

Bilik pameran          
Isnin – Jumaat: 9am – 7pm 
Sabtu: 9am – 6pm 
Ahad : 10am – 5pm

Waktu operasi Khidmat Selepas jualan dan Servis        
Isnin – Jumaat: 8am – 6pm 
Sabtu: 8:30am – 1pm
Ahad: Tutup

 

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.volkswagen.com.my
 

 

pic 3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…