Beberapa syarikat automotif yang berada di Twitter telah bertindak balas terhadap perubahan diumumkan.
Menurut laporan dari Reuters, salah satu syarikat yang membuat langkah selepas CEO Tesla mengambil alih Twitter ialah Volkswagen Group, di mana mereka mula menghentikan sementara pengiklanan pada platform Twitter.
Volkswagen juga berkata dalam satu kenyataan, “Kami memantau dengan teliti keadaan dan akan memutuskan langkah seterusnya bergantung kepada perkembangan semasa".
Sehingga kini, jenama di bawah Volkswagen Group ialah Volkswagen (kereta penumpang), Kenderaan Komersial Volkswagen, Škoda, SEAT, Cupra, Audi, Lamborghini, Bentley, Porsche, dan Ducati, serta beberapa anak syarikat, seperti Bugatti-Rimac.
Selain Volkswagen Group, beberapa syarikat kereta lain juga turut menghentikan sementara pengiklanan mereka di Twitter seperti General Motors dan Ford. Citroen juga menunjukkan reaksi mereka melalui tweet satu baris di Twitter yang mengatakan “kegagalan Musk-Twitter”.
Sumber: motor1.com
Penulis: Ahmad Danial Yasin