Volkswagen sedang berkira-kira untuk jual Lamborghini, Ducati, Italdesign!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini, Volkswagen Group sedang meneliti kemungkinan untuk menjual jenama supercar Lamborghini dan motosikal Ducati dalam usaha untuk menyelaraskan operasinya dan memfokuskan kepada penghasilan kereta elektrik secara besar-besaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada Automotive News itu memetik CEO Herbert Diess yang menyebut tiga buah jenama termasuklah studio rekaan Italdesign bakal disatukan di bawah satu struktur yang bakal memudahkan urusan penyerahan pemilikan kepada pihak yang berminat pada masa akan datang.

Namun menurut Diess, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan isu terbabit, namun tambah beliau "ia merupakan satu proses yang agak perlahan, namun ia kekal menjadi fokus di dalam agenda kami.

Sebelum ini, terdapat dua sumber yang arif dengan isu tersebut memberitahu Reuters bahawa VW sedang merancang untuk membuat penawaran awam terhadap ketiga-tiga jenama tersebut.

Isu ini bangkit semula selepas VW Group dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu berhasrat untuk meningkatkan pelaburan di dalam teknologi digital dan kereta elektrik peada $86 billion untuk tempoh lima tahun akan datang.


Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…
Berita Global
Beberapa syarikat automotif yang berada di Twitter telah bertindak balas terhadap perubahan…