Volkswagen sambung semula operasi pusat servis

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyambung semula operasi di bahagian pusat servis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut syarikat itu, kesemua pusat servis VPCM telah dibuka semula.

 

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini hanya pelanggan yang mempunyai janji temu servis akan diterima bagi memastikan jumlah kakitangan servis dan pelanggan berada pada tahap minimum.

 

Setiap pengedar VCPM akan beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan diluluskan, oleh itu pemilik Volkswagen disarankan untuk menghubungi pusat perkhidmatan Volkswagen terlebih dahulu untuk membuat temu janji.

 

Kepada pemilik dan para petugas di barisan hadapan 'Frontliners' yang telah menyertai kempen selepas jualan "Welcome Back", anda akan diberikan KEUTAMAAN (tertakluk kepada kekosongan).

 

Semua pusat servis VPCM juga akan menurut ketetapan yang disarankan dengan menerapkan amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan seperti jarak sosial, pembasmian kuman dengan kerap, pemeriksaan suhu badan kakitangan dan pelanggan serta penyediaan cecair pencuci tangan (hand sanitiser). Pengaturan ambil (pick-up) dan hantar (drop-off) dengan pengedar terpilih juga turut disediakan. 

 

vpcm

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai…
Berita Domestik
Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam…