Volkswagen sah tamatkan model Arteon, beri laluan kepada model berprofit tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Antara banyak-banyak kereta moden Volkswagen yang terjual di sini, sedan fastback Volkswagen Arteon merupakan model yang mampu memberikan kesan yang mendalam.

Sedap dipandu, rupa paras yang cukup elegan, sporti, serta kuasa yang memadai untuk pemanduan seharian.

Baca: Pandu Uji Volkswagen Arteon 2.0 TSI

Namun dalam satu perkembangan terkini, Volkswagen membuat pengumuman untuk menghentikan penawaran model bervolum rendah, termasuklah sedan Arteon untuk memberikan tumpuan kepada keuntungan.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada ‘kematian’ awal Arteon ialah prestasi jualan yang semakin merudum.
 

aeteon


Sebagai contoh, di Amerika Syarikat Arteon telah terjual sebanyak 1,742 unit sepanjang tahun 2022 daripada 301,000 unit jumlah keseluruhan kenderaan Volkswagen.

Sementara prestasi suku pertama tahun 2023, Arteon hanya berjaya terjual sebanyak 528 unit sahaja.

Selain mengenepikan model bervolum rendah, Volkswagen juga mahu meringkaskan lagi penawaran barisan model sedia ada demi mencapai keuntungan tinggi.  

Tidak dapat dipastikan bilakah Arteon akan dihentikan produksinya, namun berdasarkan laporan terdahulu Arteon akan ditamatkan penawarannya selepas model tahun 2024, dan digantikan dengan sebuah model kenderaan elektrik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan kewangan yang diumumkan baru-baru ini, Volkswagen menyatakan beberapa faktor utama…
Berita Global
  Di Eropah, Kumpulan VW kekal sebagai peneraju pasaran EV yang dominan dengan penguasaan pasaran…
Berita Global
Projek ini masih berada pada peringkat penyelidikan dan menggunakan sebuah kenderaan konsep yang…