Volkswagen "Pre-loved Weekend Deals" dengan harga bermula dari RM39,900

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan jualan "Pre-loved Weekend Deals" bersama beberapa pengedar terpilih pada 20 dan 21 Julai ini dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Jualan ini merangkumi pelbagai model Volkswagen yang terpakai dan masih berada di dalam kondisi yang baik serta angka pembatuan yang rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Harga terendah yang ditawarkan bermula dari RM39,990.

 

Pengedar yang terlibat dengan "Pre-loved Weekend Deals" adalah:

 

No.

Pengedar

Negeri

1

Volkswagen Juru

Pulau Pinang

2

Volkswagen Penang

Pulau Pinang

3

Volkswagen Ipoh

Perak

4

Volkswagen Puchong

Selangor

5

Volkswagen Glenmarie

Selangor

6

Volkswagen Klang

Selangor

7

Volkswagen Semenyih

Selangor

8

Volkswagen Gombak

Kuala Lumpur

9

Volkswagen Sungei Besi

Kuala Lumpur

10

Volkswagen Seremban

Negeri Sembilan

11

Volkswagen Batu Pahat

Johor

12

Volkswagen Permas Jaya

Johor

13

Volkswagen Tebrau

Johor

14

Volkswagen Skudai

Johor

 

 

Selain itu Promosi Selepas Jualan juga masih berlangsung.


1. Shock Absorbers

Semakan percuma di pusat-pusat servis Volkswagen, kondisi shock absorber (penyerap hentakan) dan sekiranya perlu ditukar, diskaun 20 peratus akan diberikan. Diskaun ini juga diberikan untuk coil springs bagi setiap pembelian produk tulen dari Volkswagen.

 

2. Tayar

Promosi tayar masih berterusan sehingga hujung tahun ini dari harga serendah RM184 serta kos pemasangan percuma, penjajaran dan keseimbangan bergantung kepada pakej tayar yang berbeza.

 

3. Bateri

Setiap pembelian bateri, anda akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus dengan harga bermula dari RM365 (bergantung kepada model). Promosi ini juga telah dilanjutkan sehingga akhir tahun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…