Volkswagen Polo GTI 2022 dilancarkan - 207 PS/320 Nm, 0-100 6.5 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran rasmi versi facelift Volkswagen Polo, tiba giliran versi berprestasi tinggi Polo GTI 2021 mengambil tempat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

VW Polo GTI tampil dengan unit lampu matrix LED IQ.Light, gril hadapan beriluminasi, rekaan lampu belakang serba baharu dengan lampu membelok dinamik dan lampu brek 'beranimasi'.

Sementara penampilan garang pula disumbangkan oleh bampar spesifik GTI, lencana GTI pada beberapa tempat, serta aksen merah pada muka hadapan sama seperti abangnya Golf GTI.

 


Unit kuasa yang didatangkan pada Polo GTI masih lagi sama, iaitu enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 207 PS dan 320 Nm yang memacu roda hadapan, serta kemampuan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

Aspek pengendalian Polo GTI ditambah baik dengan sistem suspensi yang direndahkan, differential elektronik, serta opsyen mod Sport Select yang mampu mengubah kadar kekerasan suspensi sebagai tambahan kepada tetapan profil pemanduan standard yang mampu menetapkan beberapa ciri seperti respon stereng, enjin serta penukaran gear.

 


Sementara ruang kabin Polo GTI 2021 mengekalkan rupa paras asal seperti model facelift, namun dengan tambahan tempat duduk sports, serta aksen berwarna merah berkilat dan matte-chrome.

Sistem infotainmen pula kini didatangkan standard dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci, atau opsyen naik taraf kepada sistem Discover Pro bersaiz 9.2 inci yang turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Buat pertama kalinya, VW Polo GTI 2021 turut menyertakan ciri-ciri bantuan pemanduan autonomi IQ.Drive seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan radar, serta bantuan pengekalan laluan.

 


Volkswagen Polo GTI 2022 dijangka tiba di pusat pameran Eropah dalam masa terdekat.