Volkswagen Polo GTI 2022 dikesan dengan penyamaran minima

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen kini sedang mempersiapkan diri untuk memperkenalkan sebuah lagi hot hatch, iaitu Polo GTI yang bakal memberikan saingan secara terus kepada model-model hot hatch lain seperti Ford Fiesta ST dan Hyundai i20 N.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model ujian Polo GTI dengan pelekat samaran yang minima itu dikesan membawakan elemen rekaan daripada abang besarnya Golf GTI, seperti bampar hadapan dengan gril sarang lebah, unit lampu LED yang direka semula serta penampilan bar LED melintangi bahagian depan.

 


Sementara bahagian belakang hot hatch ini dikatakan membawakan rekaan unit lampu baharu pada Polo facelift yang telah diperkenalkan sebelum ini, sementara emblem GTI pula menghiasi bahagian bawah logo VW.

Ruang kabin Polo GTI pula menempatkan roda stereng GTI baharu, dan ia dijangka membawakan ciri yang dikemaskan pada model Polo facelift seperti kawalan iklim dengan fungsi sentuhan, slot pengecasan USB-C, skrin digital 10.25 inci, serta skrin infotainmen 9.2 inci.

 


Difahamkan, Volkswagen Polo GTI 2022 ini masih lagi mengekalkan trenkuasa yang sama pada model Polo GTI terdahulu, namun angka output dijangka berubah demi memenuhi regulasi pelepasan emisi yang semakin ketat.

Pada model Polo GTI terdahulu, enjin 2.0 liter turbo itu mampu menghasilkan 197 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, atau transmisi manual enam kelajuan untuk sesetengah pasaran.

Pengenalan rasmi Polo GTI dijangka akan dibuat menjelang akhir bulan ini, memandangkan perancangan pelancaran di acara tahunan Volkswagen di Worthersee terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai imbasan, varian berprestasi ini dimulakan pada tahun 1979 dengan pelancaran Polo GT dan…
Model Terbaharu
VW Polo GTI tampil dengan unit lampu matrix LED IQ.Light, gril hadapan beriluminasi, rekaan lampu…