Volkswagen Polo 2021 facelift - Golf mini!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keenam Volkswagen Polo sudah pun berada di pasaran semenjak tahun 2017, dan adalah tidak menghairankan apabila Volkswagen mendatangkan kemaskini berbentuk facelift terhadap supermini kegemaran orang Eropah itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, perubahan yang didatangkan itu lebih tertumpu kepada aspek kosmetik, seperti contoh lampu utama LED dengan jalur iluminasi di bahagian bawah gril hadapan, lampu belakang LED serba baharu, serta perkataan 'Polo' yang diletakkan dibawah lencana VW yang minimalis itu.

 


Dari jauh, orang akan nampak Polo facelift sebagai sebuah Golf yang telah dikecilkan.

Pemilik juga boleh memilih untuk menaik taraf teknologi lampu LED Matrix adaptif yang turut terdapat pada model Touareg dan Passat.

 


Memasuki ruang kabin, VW Polo facelift ini masih lagi mengekalkan susun atur papan pemuka yang konvensional, namun dengan kehadiran ciri moden seperti kawalan iklim berasaskan sentuhan, skrin infotainmen asas 6.5 inci (atau 9.2 inci), serta skrin kluster instrumen digital 8.0 inci (atau 10.25 inci pada model premium).

Penawaran enjin untuk supermini Polo ini terdiri daripada nadi 1.0 liter aspirasi natural yang menghasilkan 80 kuasa kuda dan 93 Nm dengan padanan transmisi manual lima kelajuan, serta 1.0 liter TSI dengan dua pilihan kuasa (95 hp atau 110 hp) dengan gandingan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

 


Volkswagen turut menawarkan pilihan enjin 1.0 liter TGI yang menggunakan gas asli termampat (CNG) dan berupaya menghasilkan 90 hp dan 120 Nm.

Untuk penawaran model facelift ini, Volkswagen tidak lagi menggunakan nama trim seperti Trendline, Comfortline dan Highline, sebaliknya digantikan dengan Polo, Life, dan R-Line, sementara varian paling mercu adalah Polo GTI yang bakal didedahkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai imbasan, varian berprestasi ini dimulakan pada tahun 1979 dengan pelancaran Polo GT dan…
Berita Global
Pada ketika itu, Volkswagen mahu mendemonstrasikan tahap versatiliti yang ada pada model Beetle,…