Volkswagen perkenalkan edisi terhad 'United' untuk Passat dan Tiguan

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan model edisi terhad 'United' untuk dua model jenama mereka iaitu Passat dan Tiguan bagi “meraikan kekuatan perpaduan, satu semangat yang sememangnya sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen.”
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut menampilkan dua aksesori Volkswagen yang unik. Penutup hab pada rim dengan logo VW yang sentiasa tegak walaupun roda bergerak seperti logo pada model-model mewah Rolls Royce.

 

Untuk Passat, ia turut diberikan  logo VW yang terpancar menerusi lampu LED apabila pintu hadapan di buka. Volkswagen Passat 'United' dijual pada harga RM193,856.

 

Ia turut hadir dengan tambahan aksesori yang bernilai RM12,000. Antara aksesori berkenaan adalah set pedal aluminium, plat kaki pada pintu, rim Verona 19-inci baharu, filem penapis haba VW Tint dan juga emblem 'United'.

 

Tiguan 'United' pula didatangkan dengan bampar hadapan sports, spoiler belakang, kemasan krom di bahagian belakang, pelindung ruang kargo, tip ekzos krom, penapis haba VW Tint serta emblem United yang bernilai RM4,000 secara keseluruhan. Harga jualan Tiguan 'United' adalah RM166,108.

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Walaupun ada hubungan di antara rangkaian model 'United' dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan bola sepak, signifikan nama dan apa yang diwakilinya sangat relevan dengan perkembangan dan cabaran yang kita hadapi pada hari ini.

 

Bukan itu sahaja, prinsip utama jenama Volkswagen ialah #wenotme yang memberi penekanan terhadap aspek kesatuan dan kebersamaan,” katanya lagi.

 

VPCM turut memberikan tawaran lain termasuk Tiguan yang kini diberikan pembayaran bulanan selama enam bulan secara percuma untuk unit yang didaftarkan sehingga 30 Jun ini.

 

Untuk Passat pula, VPCM menawarkan insurans PERCUMA selama setahun.

 

Perkhidmatan penghantaran secara percuma dengan menggunakan ' trak single flatbed' ke rumah pembeli dalam radius 20 kilometer turut disediakan.

 

Maklumat lanjut, sila hubungi pengedar Volkswagen terdekat anda atau layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/united-special-edition

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…