Volkswagen Passat R-Line 2020 rasmi dilancarkan - bermula dari RM204 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan secara rasmi sebuah lagi model di bawah lencana R-Line, iaitu Passat R-Line setelah diperlihatkan buat kali pertama dua bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan segmen D itu diberikan penampilan yang lebih sporti iaitu trim R-Line terdiri daripada kemasan bumper yang lebih agresif, skirt sisi, kemasan bumper belakang dengan tip ekzos palsu, serta set rim Verona bersaiz 19 inci.

Namun secara standardnya ia tampil dengan kelengkapan yang sama seperti lampu utama LED depan dan belakang, serta lampu membelok jenis sekuential.

 


Sementara di bahagian ruang kabin pula Passat R-Line mendapat roda stereng jenis bawah rata balutan kulit, pedal aluminium, serta kemasan bumbung berwarna hitam.

Sistem infotainmen 9.7 inci turut didatangkan dengan sambungan Apple CarPlay nirwayar, serta sambungan Android Auto, dan dilengkapi dengan skrin kluster digital penuh 11.7 inci di bahagian hadapan pemandu.

 


Dari segi aspek pemanduan pula, Passat R-Line didatangkan dengan enjin 2.0 liter yang menghasilkan 190 PS dan daya kilas 320 Nm yang terdapat pada Passat Elegance, sistem transmisi DSG, namun dilengkapi dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) dan Driving Mode Selection yang membolehkan pemandu memilih 15 gaya pemanduan.

Sama seperti varian Elegance, Passat R-Line mendapat ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, kawalan kestabilan, sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantauan tekanan tayar dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk belakang.

 


Harga jualan rasmi untuk Passat R-Line bermula dari RM204,433 dengan pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Passat Elegance diberikan insurans percuma selama 1 tahun. Manakala Passat R-Line ditawarkan…
Berita Domestik
  Tiguan Allspace R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI dengan pancitan terus bahan api.…
Model Terbaharu
Model yang dimaksudkan adalah Arteon yang kini hadir dalam varian R-Line, Passat R-Line, serta…