Volkswagen Passat B8.5 (Eropah), elegan dan lebih canggih

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Passat adalah pesaing dalam segmen D. Ini bermakna saingan kereta Jerman ini ialah Honda Accord, Toyota Camry, Mazda6, Kia Optima dan Hyundai Sonata.

Di negara kita, Passat mempunyai pengikut tersendiri dan bukan sukar hendak menjumpainya di atas jalan raya.

Walau bagaimanapun, Passat dilihat sedikit berusia jika dibandingkan dengan generasi baharu Camry, Accord dan Optima.

Tambahan pula reka bentuk kereta sekarang tampil ekspresif dengan wajah yang garang.

Malah, reka bentuk VW sendiri dilihat lebih konservatif berbanding saudara dekatnya iaitu Audi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
VW Passat

 

Nampaknya VW sudah mula mengubah gaya bahasa jika dilihat daripada model yang baru dilancarkan. Menariknya selang sebulan tahun ini, VW melancarkan dua versi Passat.

Versi pertama ialah Passat pasaran Amerika Syarikat pada 14 Januari dan Passat versi Eropah pada 6 Februari lalu.

Walaupun sama-sama Passat, kedua-dua model langsung berbeza. Passat pasaran AS adalah versi naik taraf model terdahulu manakala Passat versi Eropah pula adalah versi facelift (B8.5) berdasarkan platform baharu MQB.

Gaya bahasa juga berbeza. Passat AS tampak lebih garang dan mengikut trend sekarang manakala Passat Eropah kekal elegan.

VW Passat 8.5 ini tampil dengan beberapa perubahan yang lebih tertumpu kepada teknologi berbanding nadi kuasa.

 

VW Passat GTE
VW Passat GTE

 

Berikut ialah di antara ciri-ciri pada VW Passat 8.5:

  • Jenis badan dan varian terdiri daripada Passat sedan, Alltrack (wagon), GTE dan R Line  
  • 1.5 TSI 150 PS, 2.0 TSI 190 PS dan 272 PS, 1.6 TDI (Diesel) 120 PS, 2.0 TDI Evo 150 PS, 2.0 TDI 190 PS dan 240 PS
  • Passat GTE (Plug-in hybrid) - 1.4 TSI 156 PS dan motor elektrik 115 PS. Mampu bergerak dengan kuasa elektrik sejauh 55 km (Standard WLTP)
  • Transmisi manual, klac berkembar dan pacuan 2WD dan AWD bergantung kepada varian
  • Sistem IQ.DRIVE - teknologi pemanduan separa autonomi daripada kelajuan 0 hingga 210 km/j
  • Lampu hadapan interaktif IQ.LIGHT dengan teknologi LED matrix
  • Sistem Modular Infotainment Matrix (MIB3) generasi ketiga dan pertama untuk kenderaan VW
  • App Connect - Sambungan tanpa wayar di antara sistem multimedia dengan aplikasi iPhone melalui Apple CarPlay™
  • Kekal bersambung dengan internet melalui integrasi kad SIM dan mampu membuka dan menghidupkan enjin kereta melalui telefon pintar

 

VW Passat GTE
VW Passat GTE

 

Passat adalah kereta yang penting buat VW. Model ini dijangka melepasi angka pengeluaran 30 juta unit dalam masa beberapa bulan lagi seterusnya menjadi model bersaiz sederhana paling berjaya di dunia.

Pra jualan Passat akan bermula pada bulan Mei ini di beberapa buah negara terpilih. Jika sudah ada yang berminat dengannya, pelancaran tempatan biasanya mengambil tempoh beberapa ketika sebelum anda boleh memilikinya.

Berdasarkan model sebelum, Passat versi tempatan akan menggunakan spesifikasi versi Eropah dan ia penting memandangkang pesaing lain sudah ke hadapan.

Lebih penting ialah menarik perhatian pelanggan yang kini sedikit sebanyak telah beralih ke segmen SUV.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

VW Passat Alltrack R Line
VW Passat Alltrack R Line

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…