Volkswagen Passat 2020 facelift dilancarkan di Detroit Auto Show

oleh Mohamad Hanif|
Sedan segmen D daripada Volkswagen, Volkswagen Passat telah diberikan nafas baharu bersempena acara Detroit Auto Show 2019 yang kini sedang berlangsung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun masih mengekalkan penggunaan platform asal (tidak seperti Passat pasaran Eropah), Passat facelift ini menerima kemasan serba baharu di bahagian luaran. 

Perubahan ini boleh dilihat pada penampilan gril hadapan serba baharu yang diapit dengan lampu utama jenis LED dan penampakan lampu rekaan baharu di bahagian belakang. 
 


Selain daripada itu, Volkswagen Passat turut didatangkan dengan pilihan rim 17 inci sehingga 19 inci yang terdapat pada varian tertinggi. 

Memasuki ruang kabin, bahagian atas panel papan pemuka juga telah direka semula bagi mengintegrasikan bukaan corong pendingin hawa.

 


Perubahan ini turut diaplikasikan pada paparan kluster meter, serta sistem hiburan MIB II yang disertakan dengan sokongan hubungan Apple CarPlay, Android Auto dan juga MirrorLink.

Antara ciri lain yang turut disertakan pada Volkswagen Passat baharu ini adalah ciri pengecaman suara, kawalan iklim dua zon, sistem kemasukan tanpa kunci, lampu utama adaptif, lampu bantuan membelok dan juga sistem wiper dengan pengesan hujan. 
 


Dari segi nadi kuasa, Volkswagen masih mengekalkan penggunaan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter berkuasa turbo (174 kuasa kuda/281 Nm) yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan menerusi transmisi auto enam kelajuan.

Aspek keselamatan juga cukup lengkap dengan penawaran ciri-ciri terkini seperti:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Brek Kecemasan Autonomi
  • Sistem Pemantauan Pejalan Kaki
  • Sistem Pemantauan Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Bantuan Pengekalan Laluan (pilihan)
  • Kawalan Pelayaran Adaptif (pilihan)
  • Sistem Bantuan Parkir (pilihan)
  • Sistem Brek Pasca-pelanggaran Automatik (pilihan)
     


Untuk pasaran US, Volkswagen menawarkan sehingga lima varian, termasuklah sebuah varian Limited Edition yang bakal dihasilkan dalam unit terhad. 

Harga jualan pula akan diumumkan bermula musim panas ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ukuran panjang bertambah 14 sentimeter dan 5 sentimeter pada ruang kaki. Ruang bagasi belakang…
Berita Global
Sementara di Eropah pula, sebuah lagi sedan segmen D turut menerima nasib yang serupa di mana…
Berita Global
Sebab di sebalik langkah tersebut disumbangkan oleh angka jualan Passat estate yang jauh lebih…