Volkswagen pamer logo dua dimensi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara Frankurt Motor Show yang baharu sahaja berlangsung, Volkswagen mengambil kesempatan bagi memperkenalkan penjenamaan semula syarikat tersebut menerusi pelancaran logo baharu.

Logo yang lebih ringkas dan kemas itu menampilkan rekaan dua dimensi bagi menampilkan elemen asal Volkswagen bagi menggantikan logo asal yang diperkenalkan pada tahun 2000 itu. 

Logo VW itu jika dilihat dengan teliti, huruf W di bahagian bawah tidak lagi mencecah bulatan luaran untuk kali pertama, dan menurut VW lagi logo tersebut direka supaya lebih fleksibel dan menyala ketika waktu malam.

 


Ibu pejabat Volkswagen di Wolfsburg bakal menjadi lokasi pertama pemasangan logo baharu tersebut dan diikuti oleh 10,000 buah pengedar di 154 buah negara di seluruh dunia. 

Volkswagen mensasarkan program penggantian kira-kira 70,000 buah logo baharu ini akan siap menjelang pertengahan tahun hadapan. 

 


Sementara itu, Volkswagen bakal mengabadikan logo baharu itu pada model hatchback elektrik ID.3 yang baharu sahaja dilancarkan. 

VW ID.3 mampu menawarkan jarak operasi sejauh 550 km dan menariknya, sudah lebih daripada 30,000 tempahan diterima untuk hatchback tersebut. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tempoh bersabar nampaknya bakal berakhir apabila VW memperkenalkan ID. Buzz Long Wheelbase (LWB…
Berita Global
  Touareg 2024 didatangkan dengan perubahan visual depan dan belakang, suspensi, paparan dan…
Berita Global
  Mahkamah Wilayah Munich menjanjikan hukuman lebih ringan kepadanya jika membuat pengakuan…