Volkswagen menjadi penaja kenderaan rasmi Acara Le Tour De Langkawi 2018

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan bahawa ia kembali sebagai rakan automotif rasmi dalam acara Le Tour de Langkawi (LTDL) 2018. Sebelum ini, Volkswagen terlibat dalam LTDL pada tahun 2016.

Untuk LTDL tahun ini, VPCM akan menyediakan sebanyak 180 buah kereta Volkswagen yang terdiri daripada rangkaian model terkininya. Ia merangkumi model Polo, Vento Highline, Passat Trendline, Passat Highline dan Tiguan Highline. Semua kenderaan ini akan digunakan sepanjang perlumbaan tersebut oleh para pelumba, marshal keselamatan dan pegawai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Selaku rakan automotif rasmi, VPCM juga akan menyerahkan Jersi Putih kepada Juara Asia.

Mengulas tentang kerjasama tersebut, Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Volkswagen berbangga kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada acara perlumbaan basikal paling berprestij di Asia itu.

“Kami gembira kerana dapat menyokong perlumbaan ini dengan rangkaian model Volkswagen. Kami tidak sabar untuk melihat daya ketahanan, kelincahan dan kekuatan yang bakal dipamerkan oleh pelumba bertaraf dunia yang mengambil bahagian. Bagi pihak Volkswagen, kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta,” katanya.

Dianjurkan sejak tahun 1996, Le Tour de Langkawi merupakan perlumbaan berbasikal pelbagai peringkat yang telah menerima banyak anugerah. Ia kini diiktiraf sebagai acara penting dalam kalendar perlumbaan berbasikal kompetitif di peringkat global dan sentiasa menarik perhatian para pelumba terbaik dari seluruh dunia.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…