Volkswagen Malaysia lancar program "5 Star Service Check" secara percuma

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pelancaraan program pemeriksaan kenderaan percuma yang dipanggil sebagai "5 Star Service Check".

Ini adalah demi memastikan kenderaan pemilik VPCM sentiasa dalam keadaan baik, terutamanya setelah tidak bergerak lama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut VPCM, 5 Star Service Check adalah satu pemeriksaan visual komprehensif yang dilakukan oleh penasihat servis bersama-sama pelanggan di sebelah untuk melihat dan menunjukkan komponen yang berkemungkinan sudah patut ditukar serta mengenal pasti isu-isu lain.

 

Antara bahagian yang akan diperiksa adalah keadaan badan dan cat, sistem lampu, brek, cermin hadapan, tingkap, roda serta rim. Semua proses pemeriksaan akan dilakukan secara telus di hadapan pelanggan dan tidak melibatkan sebarang bayaran.

 

Bonus tambahan juga turut diberikan di mana pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan 5 Star Service Check ini, dan memerlukan penukaran alat ganti tertentu, mereka diberikan penjimatan termasuk diskaun 20 peratus untuk bateri dan tayar, serta diskaun masing-masing RM50 untuk setiap cakera brek dan pad brek.

 

Diskaun RM40 untuk setiap botol aditif serta potongan RM20 untuk setiap set pengelap cermin dan diskaun RM5 untuk cecair pembersih cermin serta diskaun 5 peratus untuk penukaran cermin hadapan sekiranya perlu. Mereka yang berminat boleh membuat temu janji dalam talian di sini.

 

Secara ringkas, anda akan mendapat diskaun dan tawaran seperti di bawah:

 

Komponen

Promosi/Tawaran/Diskaun

Bateri

Diskaun 20 peratus bagi setiap satu unit 

Tayar

Diskaun sehingga 20 peratus

Pad Brek

Diskaun RM50 setiap satu set

Cakera Brek

Diskaun RM50 setiap satu

Aditif

Diskaun RM40 setiap satu botol

Pembersih cecair cermin 

Diskaun RM5 setiap satu botol

Cermin Hadapan

Diskaun 5 peratus setiap satu unit

Pengelap Cermin

Diskaun RM20 setiap satu set

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…