Volkswagen Malaysia kini rakan automotif rasmi Liga Suparimau

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan kerjasama eksklusif dengan liga bola sepak Suparimau sebagai rakan automotif rasmi bertujuan untuk mengukuhkan lagi asas arena bola sepak di peringkat akar umbi di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada kempen We Drive Footbal yang dilancarkan baru-baru ini.

Ia membuktikan komitmen VW dalam menghargai kesungguhan, minat, kesatuan dan kepelbagaian yang ada dalam gaya hidup bermain bola sepak ke satu tahap lebih tinggi.
 

Suparimau


Sebagai makluman, Liga Suparimau merupakan sebuah liga bola sepak remaja yang dilancarkan pada Januari 2022 di seluruh Malaysia.

Ia melibatkan liga pemain lelaki dan wanita berusia di antara 5 hingga 17 tahun dengan misi untuk menyediakan peluang dan pertandingan yang konsisten buat pemain muda di semua negeri menjelang tahun 2024.

Pada akhir musim, Volkswagen akan mengumumkan 12 pemenang pertandingan Gol Terbaik Musim Ini yang diambil daripada 12 kategori berbeza dalam Liga Suparimau.

Di peringkat global, Volkswagen sememangnya sinonim dengan sukan bola sepak, di mana jenama itu pernah menjadi rakan mobiliti rasmi Euro 2020 selain bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jerman.
 

Suparimau


Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu, "kerjasama dengan Liga Suparimau bukan sahaja selari dengan penglibatan kami dalam sejarah bola sepak, malah ia merupakan satu cara terbaik untuk menjadi sebahagian daripada dunia bola sepak tempatan, serta merealisasikan impian anak-anak muda Malaysia, lelaki dan wanita, selain mungkin menjumpai bintang bola sepak Malaysia yang seterusnya.  

Pengarah Perlawanan Liga Suparimau, William Kucia berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Volkswagen Malaysia dan melancarkan pertandingan Gol Terbaik Musim Ini.
 

Suparimau


“Liga Suparimau kini beroperasi di sembilan buah negeri dengan lebih 500 pasukan berdaftar mengambil bahagian dalam musim C yang baru sahaja bermula. Kami berharap dengan kerjasama Volkswagen Malaysia, kami mampu untuk membuka lebih banyak peluang buat anak-anak muda bermain bola sepak di Malaysia.

“Pertandingan Gol Terbaik Musim Ini mengiktiraf gol-gol luar biasa yang dijaringkan oleh pemain-pemain berbakat di seluruh negara. Kami tidak sabar untuk mendedahkan penyertaan terbaik pada hujung tahun ini.”