Volkswagen mahu hasil EV mesra rakyat - crossover elektrik T-Roc

oleh Mohamad Hanif|
Kereta elektrik kini sudah menjadi salah satutrend arus perdana yang semakin berkembang, namun dengan tanda harga yang sangat mahal, ia sememangnya bukan pilihan utama bagi mereka yang tidak berkemampuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu, Volkswagen mahu menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang lebih mesra poket dan mampu untuk dimiliki oleh orang kebanyakan.

Menggunakan T-Roc sebagai asas, ia bakal menjadi sebuah crossover elektrik dengan konfigurasi lima tempat duduk dan bakal menyertai barisan kenderaan elektrik Volkswagen I.D yang akan dilancarkan pada tahun 2020.
 


Volkswagen mensasarkan harga jualan crossover elektrik ini pada harga kurang daripada £18,000 (RM96 ribu), dengan harapan ia mampu mengurangkan beban dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap penetrasi terhadap pemilik golongan muda. 

Sekiranya perancangan Volkswagen ini kekal pada garis masa yang betul, ia bakal menjadi model keenam di dalam keluarga elektrik ID selepas Neo, Crozz, Buzz dan Vizzion. 
 


Crossover elektrik ini bakal dipasang di fasiliti Emden yang kini sedang memasang sedan premium Passat dan Arteon. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, untuk tidak mengecewakan permintaan ramai, Volkswagen kini hadir dengan sebuah crossover…
Berita Global
Beralih kepada segmen yang lebih kecil, Volkswagen turut sama melancarkan VW T-Roc R, crossover…