Volkswagen lancar Beetle Herbie edisi merdeka dan Jetta Allstar

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Volkswagen Fest 2017 di Setia City Convention Centre yang kini berlangsung sehingga 13 Ogos 2017.

 

Volkswagen fest yang julung kali diadakan ini bukan sahaja sempena menyambut kemerdekaan yang ke 60, tapi Volkswagen juga telah memperkenalkan dua model edisi khas yang sangat mantap.

 

Jetta Allstar ditawarkan bermula dari RM109,990 dengan aksesori bernilai RM3,000. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu putih, kelabu, perak dan hitam.

Jetta Allstar dikuasakan oleh enjin 1.4L TSI single -turbocaj dan dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik (DSG).

 

Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 150PS dan tork 250 Nm diantara 1,500 hingga 3,500rpm. Selain itu, catatan 0-100kph adalah 8.6 saat. Menurut Volkswagen, Jetta menawarkan penjimatam bahan api iaitu sekitar 5.0L bagi setiap 100km.

 

Beetle edisi merdeka

 

Satu model edisi merdeka yang diperkenalkan adalah Beetle, edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 16 unit. Beetle edisi merdeka ini didatangkan dengan konsep ikonik "Herbie" dengan nombor "60" terpapar pada bahagian hadapan dan tepi jentera.

 

Beetle dikuasakan dengan enjin 1.2L TSI turbocaj dan dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik (DSG) yang mampu menghasilkan kuasa 105PS dan tork 175NM.

 

Ia ditawarkan pada harga RM136,888 datang dengan jaminan selama lima tahun, cukai jalan selama 60 bulan dan beg (suitcase) Beetle edisi terhad.

 

Kepada anda yang ingin memandu uji, mendapatkan kereta Volkswagen terpakai dengan harga terendah dan mendapatkan tawaran hebat dari Volkswagen, anda wajib datang dan nikmati pelbagai tawaran hebat yang disediakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…