Volkswagen Kombi dibina daripada 400K keping LEGO® (Jenuh nak pasang!)

oleh Muhammad Md Tajudin|
dengan projek khas seperti Bugatti Chiron saiz penuh yang mampu dipandu di atas jalan raya.

Ini satu lagi projek 'gila' di mana dua orang pembuat model berpengalaman LEGO® telah membina van camper yang berkemungkinan terbesar di dunia.

Volkswagen Type 2 (Kombi) tersebut didedahkan pada Pameran Pelancongan f.re.e di Munich dari 20 - 24 Februari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW T2 LEGO®

 

Sejak kebelakangan ini, LEGO® pandai dalam membuat penjenamaan dan mencuit hati pelanggan. LEGO® tampil

VW T2 adalah asas kepada van camper T2a yang dibina dari tahun 1967 hingga 1971 dan merupakan van camper pilihan untuk penjelajah dunia.

Sudah namanya van bersaiz penuh, sebanyak 400,000 keping LEGO® digunakan dengan berat 700 kg.

Nampak seperti permainan tetapi ini projek yang serius, Rene Hoffmeister adalah satu daripada 12 pemasang model yang diiktiraf secara rasmi oleh LEGO® di dunia.

Bersama dengan Pascal Lenhard, mereka berdua hanya mempunyai tempoh enam minggu untuk mencipta rekod dunia tersebut.

 

VW T2 LEGO®

 

Sama seperti projek Bugatti Chiron, van T2 ini dibuat dipasang dengan terperinci termasuk bumbung pop-up.

Projek ini dirancang terlebih dahulu menggunakan imej 3D dan kemudian menghasilkan pelan pembinaan.

Dari itu, Rene dan Pascal berupaya untuk mengira jumlah kepingan LEGO® yang diperlukan secara tepat.

Satu lagi perkara penting ialah memastikan kekuatan dinding tepi dan tingkap diukur dengan tepat supaya tahan lama.

Namun terdapat juga cabaran yang dihadapi. Dalam proses pemasangan, mereka berdua mendapati bahawa 20,000 keping LEGO® lutsinar untuk tingkap tiada.

 

VW T2 LEGO®

 

Apa boleh buat, supaya projek ini tidak tergendala mereka berdua kerja lebih masa dari siang hingga ke malam termasuk hujung minggu.

Setelah berminggu fokus pada van ini akhirnya siap juga dan lengkap dengan bumbung pop-up Westfalia yang popular di kalangan pengembara.

Turut disiapkan ialah pintu gelungsur yang sukar hendak dipasang termasuk kelengkapan dalaman van seperti sinki, dapur, kerusi dan berus gigi dalam bekas.

400,000 keping LEGO® berjaya dipasang untuk VW T2 ini yang berukuran 5 meter panjang, 1.9 meter lebar dan tinggi hampir 2 meter. Bila bumbung pop-up dibuka jadi 3 meter.

Kagum dan terkesima lihat projek ini!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

VW T2 LEGO®

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Berita Global
  Menurut Toyota, replika itu dibina di Republik Czech dengan menggunakan kepingan Lego sebenar…