Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024, manual dan DSG, daripada RM132 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024
Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024
Beberapa tahun sebelum ini, Volkswagen Jetta merupakan sedan popular di pasaran tempatan.

Bukan setakat kegunaan harian, ada pemilik yang mengubahsuainya dengan memasang kit Jetta GLI dari luar negara dan nampak lebih sporti.

Selain kosmetik, ada pemilik yang memilih untuk memasukkan pemetaan baharu pada unit kawalan elektronik (ECU) bagi mendapatkan lebih kuasa.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024

 

Jetta generasi ketujuh di pasaran sekarang dilancar di Amerika Syarikat pada 2018 dan tidak dibawa ke pasaran tempatan mahupun dipasang di Pekan seperti sebelum ini.

Terbaru Volkswagen of America Inc. menawarkan Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024 yang dibuat khusus untuk pelanggan di Amerika Utara.

GLI diperkenalkan pada 1984 dan turut dipanggil sebagai GTI dengan but dan tugasannya ringkas sahaja iaitu menawarkan sedan berprestasi Jerman yang mampu milik.

 

Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024

 

Bagi meraikan 40 tahun keriangan pemanduan yang dibawa GLI, VW menawarkannya dalam jumlah terhad 1,984 unit dan dipasang di Amerika Syarikat.

Ada tiga warna yang boleh dipilih iaitu Pure Gray, Pure White dan Rising Blue dengan perkakasan hitam dari depan hingga belakang dan dikontra riasan merah.

Rim 18 inci warna hitam diseragamkan dengan jeriji, cermin sisi, hendal pintu dan spoiler juga dalam warna sama.

 

Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024

 

Bahagian dalam meriah dengan riasan merah, logo GLI 40 pada tag kerusi dan pelapik ambang pintu dan angka 40 pada stereng.

Logo GLI dan 1984 dibuat berasingan pada setiap satu bekas miniuman.

Sama seperti Jetta GLI Autobahn, model ulang tahun ini digerakkan enjin EA888 2.0 liter yang menghasilkan 228 kuasa kuda (hp) dan tork 350Nm. 

Pelanggan boleh berseronok dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik tujuh kelajuan DSG®.

 

Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024

 

Turut dilengkapi brek lebih besar, monitor prestasi Sport HMI dan ekzos sport.

Pengendalian kereta dibantu pembeza gelinciran terhad (LSD) VAQ kawalan elektronik, penguncian pembeza elektronik XDS® dan sistem redaman boleh suai DCC®.

Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024 ditawarkan pada harga (MSRP) AS$28,085 (RM131,892) bagi pilihan manual dan AS$28,885 (RM135,649) untuk transmisi DSG.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Jetta GLI 40th Anniversary Edition 2024