Volkswagen Insurance Plan (VIP) dilancarkan untuk semua pemilik tanpa mengira usia kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan program insuransnya, Volkswagen Insurance Plan dengan singkatan nama VIP. Ia direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan serta menawarkan perlindungan yang komprehensif dan mudah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebagai pemegang polisi VIP yang ini, antara kelebihan yang ditawarkan termasuklah keutamaan kelulusan tuntutan, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda 24 jam, serta jaminan proses baik pulih yang dijalankan di pusat badan dan cat sah Volkswagen. Ia juga mematuhi standard baik pulih dan hanya menggunakan alat ganti tulen Volkswagen sahaja. 

 

Pemegang polisi VIP ini juga tidak dikenakan kos pembaikan berlebihan dan nilai yang dipersetujui adalah sehingga 10 tahun. Semua kelebihan ini melibatkan semua model Volkswagen tanpa mengira usia kenderaan tersebut. 

 

 

VIP boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Volkswagen ketika mendaftar kereta baharu atau memperbaharui cukai jalan. Rakan panel insurans adalah Allianz General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad. Allianz menawarkan insurans konvensional, manakala Etiqa pula menyediakan insurans konvensional dan takaful. 

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu VIP dihasilkan di bawah falsafah Volkswagen Cares, “Dengan VIP, semua pemilik Volkswagen tanpa mengira apa jua model boleh menikmati servis berkualiti dan bantuan tepi jalan pada nilai terbaik di bawah pelan komprehensif yang ditawarkan secara eksklusif buat mereka.”  

 

“Para pelanggan menjadi keutamaan ke atas semua yang kami lakukan. Penyediaan perkhidmatan tambahan ini di pengedar kami dapat memastikan keseluruhan proses lebih mudah dan bersepadu. Sekali gus, pengedar Volkswagen adalah sebuah pusat sehenti untuk memberi ketenangan minda da kemudahan kepada pelanggan,” katanya lagi. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…