Volkswagen ID.3 1ST terima lebih 10,000 tempahan di Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Volkswagen baharu sahaja membuka tempahan bagi model elektrik baharu VW ID.3 dan mengejutkan apabila ia menerima lebih daripada 10,000 pendaftaran minat bagi model elektrik tersebut. 

Ia merupakan satu angka yang sangat menakjubkan kerana Volkswagen hanya mensasarkan penjualan kira-kira 30,000 unit bagi edisi pertama VW ID.3. 

Malah, tambah jurucakap VW, disebabkan pendaftaran minat yang sangat tinggi, sistem IT syarikat tersebut tidak mampu untuk menampung jumlah pengguna yang sangat besar, selain menjadikan masa menunggu yang sangat lama untuk pendaftaran.

 


VW ID.3 1ST bakal mempunyai jarak operasi sejauh 420 km dan dijual pada harga di bawah €40,000 (RM187,124). 

Manakala versi asas VW ID.3 sedikit kurang, iaitu 330 km sahaja dengan harga jualan di bawah €30,000 (RM140,343). 

Menariknya, VW menawarkan sistem pengecasan percuma untuk tahun pertama sehingga 2,000 kWh.
 


Produksi Volkswagen ID.3 1ST akan bermula menjelang penghujung tahun 2019 di Zwickau, Jerman manakala sesi penghantaran pula akan bermula pada pertengahan tahun 2020.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerajaan menerusi Belanjawan 2026 baru-baru ini mengumumkan bahawa pengecualian duti import, duti…
Berita Global
“Dalam masa dua minit sahaja, kami menerima 196,000 tempahan awal berbayar dan 128,000 pesanan…
Berita Global
Zipse menyatakan bahawa walaupun BMW kekal komited terhadap masa depan mobiliti elektrik, langkah…