Oleh itu, tidak menghairankan apabila mereka memperlihatkan model konsep yang tidak dilengkapi dengan sebarang alat kawalan pemanduan seperti stereng dan pedal kaki.
Menurut laporan yang dipetik daripada Auto Express, pengeluar daripada Jerman itu dikatakan bakal membawa I.D Vizzion memasuki fasa produksi sebagai model pengganti (spiritual successor) kepada sedan bersaiz penuh VW Phaeton.
Disasarkan bersaing dengan jenama sedan mewah seperti Mercedes-Benz S-Class dan Tesla Model S, I.D. Vizzion bakal dikuasakan oleh sistem pacu kuasa elektrik dan turut dilengkapi dengan alat kawalan pemanduan seperti stereng dan pedal kaki, tidak seperti yang digambarkan oleh model konsep sebelum ini.
Menurut Jurgen Stackmann, ketua unit jualan dan pemasaran VW berkata "I.D Vizzion bakal memasuki pasaran menjelang tahun 2022, namun tidak dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi tahap kelima buat masa ini."
Asas kepada I.D. Vizzion ialah platform MEB kepunyaan VW Group dengan beberapa varian yang dirancang termasuklah konfigurasi sistem pacu kuasa yang berbeza output, dan pilihan motor elektrik berkembar (setiap satu untuk gandar), serta pacuan semua roda.