Mengimbas kembali, ID. EVERY1 membawa gayaan ID. LIFE yang diperkenal pada 2021.
Pasaran nampaknya bakal dihidangkan dua model mampu milik selepas VW memperkenalkan ID. 2all pada 2023 dengan harga sekitar 25,000 euro (RM119,550)
Kedua-dua model ini termasuk dalam keluarga kereta elektrik bandar dengan pacuan roda hadapan dan dibangunkan dari platform pemacu elektrik modular (MEB) baharu
Kedua-dua model juga dibangunkan di bawah Brand Group Core, yang merangkumi beberapa jenama dalam Kumpulan Volkswagen.
ID. EVERY1 akan menjadi model pertama dalam Kumpulan Volkswagen yang dilengkapi dengan senibina perisian baharu yang lebih canggih.
Sebagai VW, ID. EVERY1 diinspirasikan daripada model kompak up! yang dikeluarkan sehingga 2023.
ID. EVERY1 tampil berbeza daripada ID. 2all dan menggunakan bahasa reka bentuk baharu VW.
Kebiasaannya reka depan kereta dibentuk seperti senyuman dan untuk ID. EVERY1, VW meletakkannya pada bahagian belakang dan memberikan identiti unik kepada kereta ini.
Sebagai kereta bandar kompak, ID. EVERY1 mempunyai ukuran panjang 3,880 milimeter (mm) iaitu di antara up! (3,600 mm) dan ID. 2all (4,050 mm).
Ruang dalaman untuk empat orang dan ruang bagasi mempunyai kapasiti 305 liter.
Tugas kereta bandar juga bermakna jarak pemanduan biasa sahaja atau sekurang-kurangnya 250 kilometer setiap cas.
Kuasa pemanduan pula bukan untuk berentap dan motor elektrik menghasilkan 70 kW (95 PS). Kelajuan tertinggi 130 kilometer sejam.
Pelanggan yang inginkan lebih kuasa perlu menunggu ID. GTI Concept yang merupakan versi berprestasi ID. 2all.
VW sebenarnya sedang sibuk dan mengikut perancangan mahu melancarkan sembilan model baharu termasuk ID. 2all dan ID. EVERY1 menjelang 2027.
Mungkin ini era kebangkitan semula VW.
Penulis: Muhammad Md Tajudin