Volkswagen ID Buzz dijadikan ambulans swapandu!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, Volkswagen ada memperlihatkan sebuah model konsep ID. Buzz AD yang menawarkan keupayaan pemanduan autonomi menerusi kerjasama dengan Argo AI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baca: Volkswagen ID Buzz AD

Bertempat di ITS World Congress Hamburg baru-baru ini, Volkswagen Commercial Vehicles menayangkan sebuah model prototaip ambulans menggunakan asas daripada ID. Buzz itu tadi.
 

ID Buzz


Memandangkan konsep ini lebih terarah kepada sebuah ambulans swapandu, ia tidak menyediakan ruang untuk pemandu, di mana tempat duduk hadapan dihalakan ke belakang untuk kegunaan petugas kecemasan menyelamatkan pesakit ketika bergerak.  

Selain daripada ambulans autonomi, Volkswagen juga turut memperlihatkan konsep seperti perkongsian kenderaan, van penghantaran barang serta konsep pejabat bergerak.
 

ID Buzz


Sama seperti langkah sesetengah pengeluar, Volkswagen juga turut menekankan penggunaan bahan yang lebih mesra alam pada bahagian kabin yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti sisa buangan industri, jaring ikan dan sebagainya.

Tempat duduk pula dibaluti dengan bahan bebas haiwan dengan sifat yang mudah untuk dibersihkan dan masih lagi selesa untuk diduduk.