Volkswagen henti jual kereta petrol, diesel tahun 2035

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen merupakan pengeluar automotif terkini yang mengumumkan perancangan untuk menghentikan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman di Eropah bermula 2035.

Dalam satu temubual bersama majalan Jerman Muenchner Merkur, ketua unit jualan VW Klaus Zellmer menjelaskan penjualan bagi kenderaan konvensional akan diteruskan di pasaran seperti Amerika dan China beberapa tahun selepas itu.

"Di Eropah, kami akan menghentikan penjualan kereta petrol dan diesel antara tahun 2033 dan 2035, manakala pasaran Amerika Syarikat dan China pula menyusul selepas itu.

"Di Amerika Selatan dan Afrika, ia akan mengambil tempoh masa yang lebih lama disebabkan keadaan politik dan infrastruktur yang masih lagi belum sempurna.

 

 


Zellmer turut mendedahkan keseluruhan armada VW disasarkan neutral CO2 menjelang tahun 2050, namun sasaran itu hanya dikhususkan untuk jenama Volkswagen semata-mata, dan bukan kumpulan VW secara keseluruhan.

Menurut standard terbaharu yang dikeluarkan oleh EU, ia mewajibkan pengurangan sehingga 60 peratus emisi CO2 pada tahun 2030, diikuti 100 peratus pada tahun 2035.

Ini sekaligus menjadikan penjualan kenderaan konvensional menjadi lebih mustahil jika mengikut peraturan yang lebih ketat itu.

 


Selain daripada VW, Audi juga turut mengesahkan mereka hanya akan melancarkan kenderaan elektrik sahaja pada tahun 2026, dan menghentikan produksi kenderaan berenjin pada tahun 2033.

Namun begitu, menurut ketua eksekutifnya Markus Diesmann, tempoh penamatan penjualan tersebut hanya bergantung kepada kehendak pelanggan serta undang-undang pasaran semasa.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun menerima pengecualian duti dan cukai, kereta elektrik masih lagi pada lingkungan harga…
Berita Global
  Jika ukuran ID.4 lebih daripada 4.5 meter panjang dan 1.6 meter tinggi, ID.3 pula lebih kecil…
Berita Global
  Tahun kelima di pasaran, VW giat menguji Touareg 2023 di Swedish Lapland sebelum diperkenalkan…