Volkswagen Golf R Mk8 2021 dilancarkan di UK, bermula dari RM215k

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengenalan barisan Golf berprestasi tinggi GTI, GTD dan GTE, tiba giliran Golf R pula menerjah pasaran UK, di mana Volkswagen telah pun mula menerima tempahan dengan harga bermula dari £39,270 (RM215,283).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan model-model hot hatch lain, ternyata penawaran Golf R ini sedikit mahal berbanding Mercedes-AMG A 35 (£38,825), atau Audi S3 Sportback (£38,475) dan BMW M135i (£37,685).

 


Disifatkan sebagai Golf R paling berkuasa pernah dibina, hot hatch tersebut didatangkan dengan nadi 2.0 liter turbo yang menghasilkan 315 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas dan mampu memecut sepantas 4.7 saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada sistem pacuan 4Motion dan ciri Torque Vectoring.

Angka tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 hp daripada model terdahulu, dan para pembeli boleh memilih sistem transmisi manual enam kelajuan atau opsyen DSG tujuh nisbah kelajuan.

 


Sebagai sebuah Golf R, ia mendapat kit badan khusus, spoiler bumbung, empat tip ekzos, dan rim aloi bersaiz 18 inci.

Sementara ruang dalaman pula mendapat tempat duduk sports pula dibaluti upholsteri fabrik hitam/biru dengan ArtVelours, roda stereng dengan pemanas terbina, butang fungsi khusus R dan paddle shifter.

Menurut Volkswagen, Golf R mampu memberikan pulangan penggunaan bahan api serendah 7.8 liter untuk setiap 100 km.

Baca: Volkswagen Golf R 2021

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…
Berita Global
Masuk generasi kesembilan, Golf akan berubah menjadi keluarga kereta elektrik sepenuhnya yang akan…