Volkswagen Golf Mk8 dikesan tanpa sebarang pelekat samaran

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah untuk merakamkan gambar Volkswagen Golf 2020 (generasi kelapan), kita di Malaysia mampu melihat dengan lebih awal bagaimana rekaan sebenar hatchback tersebut. 

Dipetik daripada laman web automotif Autoblog, Volkswagen Golf Mk8 ini dilihat masih mengekalkan bentuk tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman.
 


Namun, perubahan boleh dilihat pada rekaan lampu yang agak berbeza berbanding generasi terdahulu, termasuklah lampu nyalaan siang LED serta rekaan bumper yang menampilkan penambahan slot sensor di bahagian atas lampu kabus hadapan.

Ciri yang disebutkan tadi berkemungkinan besar mencadangkan Volkswagen Golf dilengkapkan dengan ciri bantuan pemanduan yang lebih menyeluruh.
 


Beralih kepada bahagian belakang, rekaan lampu juga telah menampakkan perubahan ketara, manakala tingkap belakang juga secara relatifnya tampak lebih kecil. 

Volkswagen Golf 2020 yang dibangunkan menggunakan platform MQB ini dijangka akan menampilkan pelbagai tambahan ciri teknologi serta keselamatan terkini. 

Paling awal, Volkswagen Golf baharu ini akan diperkenalkan menjelang acara Frankurt Motor Show 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada dimensi badan yang lebih panjang berbanding Golf hatchback, lampu belakang serba…
Berita Global
Dalam satu laporan daripada Automotive News Europe, Volkswagen terpaksa menghentikan sementara…
Berita Global
Salah satu cara yang lazim digunakan adalah menggunakan lampu amaran yang terletak di dalam cermin…