Volkswagen Golf Mk8 2020 - 10 perkara yang perlu anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Golf generasi kelapan, atau Golf Mk8 akhirnya rasmi dilancarkan dan spesifikasi serta butiran lanjut berkenaan hatchback paling popular itu turut didedahkan dengan lebih terperinci.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan sembilan perkara yang anda perlu tahu berkenaan Golf Mk8 2020.
 

1. Dimensi


Golf Mk8 memiliki dimensi panjang 4,284 mm, lebar 1,789 mm dan ketinggian 1,456 mm. 

Jarak antara roda pula sepanjang 2,636 mm. 

Sebagai perbandingan, Golf Mk7 memiliki dimensi 4,255 mm x 1,799 mm x 1,452 mm (panjang x lebar x tinggi) dengan jarak antara roda sepanjang 2,637 mm. 

Front end Golf Mk8 juga telah direndahkan sebanyak 2.21 mm dan ini secara langsung memberikan kadar seretan serendah 0.275.
 

2. Enjin


Boleh dikatakan, kesemua unit enjin yang ditawarkan pada Golf Mk8 adalah enjin suntikan terus dengan bantuan turbo seperti:

  • 1.0 liter TSI - 88 hp dan 108 hp
  • 1.5 liter TSI - 128 hp dan 148 hp
  • 2.0 liter TDI - 113 hp dan 148 hp
     

3. Varian hibrid

Terdapat lima varian enjin hibrid yang turut ditawarkan termasuklah tiga opsyen mild-hybrid yang digelar sebagai eTSI.

eTSI beroperasi menggunakan teknologi mild-hybrid 48 voltan terdiri daripada penjana pemula tali sawat yang dipasang secara terus pada DSG, pek bateri lithium ion dan enjin TSI.

Terdapat tiga output berbeza iaitu 108 hp, 128 hp dan 150 hp. 
 

4. Varian plug-in hybrid


Terdapat dua opsyen, iaitu eHybrid dengan 201 kuasa kuda atau versi GTE yang lebih berkuasa dengan 241 hp, terima kasih kepada enjin 1.4 liter TSI, motor elektrik dan pek bateri lithium-ion 13 kWh. 

Dalam mod emisi sifar, ia mampu bergerak sejauh 60 km. 
 

5. Transmisi


Golf Mk8 masih lagi ditawarkan dengan kotak gear DSG dan transmisi manual enam nisbah kelajuan serba baharu yang direka bagi mengurangkan lagi emisi karbon dioksida ke udara. 

Transmisi manual ini hanya khusus kepada model pacuan roda hadapan sahaja. 
 

6. Peralatan standard


Setiap varian Golf menerima peralatan standard yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Lampu utama LED (depan dan belakang)
  • Bantuan Mula tanpa Kunci
  • Paparan instrumen 10.25 inci
  • Paparan infotainmen 8.25 inci
  • Stereng pelbagai fungsi
  • Sistem pendingin hawa automatik Climatronic
  • Rim 16 inci
  • Bantuan Lampu Luar
  • Bantuan Antaramuka pengecas peranti pintar
  • Integrasi tanpa wayar kepada peranti pintar
  • Lampu nyalaan suram 10 warna


7. Sistem keselamatan standard


Bantuan Kekal Laluan
Bantuan Turn-Off baharu
Front Assist
Travel Assist

Sistem Pengesan pejalan kaki prediktif
Bantuan Parkir ParkAid
Car2X


8. Varian/Trim


Ciri yang disebutkan pada item nombor 6 di atas boleh didapati pada varian asas iaitu Life.

Terdapat varian Style yang menawarkan rim aloi 17 inci, trim krom, tempat duduk sporty, 32 warna pencahayaan suram, lampu LED dengan ciri membelok, lampu ketika cuaca buruk, lampu LED belakang dengan lampu membelok dinamik, Travel Assist dan Lane Assist. 

Varian Golf R-Line pula menawarkan rim aloi Sebring bersaiz 17 inci, diffuser belakang, tempat duduk sports premium, seleksi mod pemanduan, bumbung kabin hitam, tombol gear aluminium, serta stereng balutan kulit berliang. 

Varian GTE hibrid pula didatangkan dengan jalur iluminasi pada gril, bumper yang berbeza, rim aloi 17 inci khas, angkup brek merah, spoiler bumbung GTE, pedal keluli tahan karat, dan 30 warna pilihan untuk pencahayaan suram. 
 

9. Peralatan Opsyen


Anda juga boleh memilih untuk memasang skrin paparan yang lebih besar 10 inci Innovision Cockpit yang didatangkan sekali dengan sistem navigasi Discover Pro. 

Untuk kualiti bunyi yang lebih memuaskan, sistem audio Harman Kardon 400-watt sedia untuk dipasang pada kabin Golf anda. 
 

10. Teknologi dan keselamatan termaju


Golf Mk8 menawarkan sambungan mobiliti terhubung Online Connectivity Unit (OCU) secara standard di mana ia merangkumi integrasi eSIM, serta fungsi dan servis yang ditawarkan menerusi We Connect dan We Connect Plus

Travel Assist pula memberikan bantuan pemanduan tanpa perlu pemandu memegang stereng dengan kerap, atau memecut dan membrek sehingga kelajuan tertinggi 210 km/j. 

Antara ciri pertama yang diperkenalkan pada model Volkswagen adalah fungsi Car2X (Car-to-Unknown) di mana kenderaan akan menerima informasi daripada kenderaan sekeliling dalam lingkungan radius sehingga 800 meter. 

Ciri Car2X juga akan menerima isyarat daripada infrastruktur trafik bagi memberikan amaran tentang kondisi semasa jalan raya. 

Selain daripada itu, ciri-ciri bantuan lain yang disertakan seperti kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi pengesan jarak, Front Assist, amaran kemungkinan kenderaan hadapan berhenti, serta kawalan casis adaptif DCC. 

 


Volkswagen Golf Mk8 akan mula 'menyerang' pasaran Eropah pada Disember ini.