Volkswagen Golf Estate 2020 sedang diuji - pelancaran hujung tahun di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran Golf versi standard, GTI, GTD dan juga GTE, Volkswagen Golf versi Estate (atau lebih senang dengan nama wagon) telah dikesan buat kali pertama sedang diuji dan dikatakan bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada dimensi badan yang lebih panjang berbanding Golf hatchback, lampu belakang serba baharu, Golf Estate bakal membawakan spesifikasi teknologi yang hampir serupa, serta pilihan enjin yang sama, memandangkan kedua-dua versi ini dibangunkan atas platform MQB.

 


Dengan perubahan dimensi ini, ia sekaligus memberikan ruang kargo yang lebih besar sekitar 600 liter - tambahan 220 liter kepada versi hatchback.

Pilihan enjin pula terdiri daripada enjin 1.5 liter dengan dua talaan yang berbeza iaitu 128 hp atau 148 hp, dua pilihan enjin 2.0 liter diesel, serta enjin 2.0 liter petrol (328 hp) untuk varian R.

Sementara itu, model Golf Estate GTE bakal dilengkapkan dengan trenkuasa plug-in hybrid dengan angka output sekitar 242 hp.

 


Sama seperti hatchback, Volkswagen Golf Estate sewajarnya hadir dengan penderia parkir depan dan belakang, cermin sisi boleh laras dengan pemanas terbina, bantuan mula tanpa kunci, serta ciri bantuan pemanduan seperti bantuan pengekalan laluan, kawalan pelayaran adaptif dan sistem paparan papan tanda dinamik.

Sistem infotainmen pula terdiri daripada skrin paparan 10 inci yang dilengkapi sistem navigasi, kawalan suara, sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, slot pengecasan peranti pintar nirwayar manakala untuk pemandu pula, disediakan skrin instrumen digital berwarna bersaiz 10.25 inci.

 


Harga jualan pula dianggarkan bermula dari £25,000 (RM119,210), sedikit mahal berbanding model Golf hatchback.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…