Volkswagen Fest '22 kembali, EV ID.4 muncul buat kali pertama 15-16 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan kemunculan semula acara tahunan Volkswagen Fest yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 Oktober ini di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sorotan utama acara ini sudah pasti adalah kehadiran khas kereta elektrik Volkswagen ID.4 yang didatangkan khas.
 

ID.4


SUV elektrik jarak jauh pertama dari Volkswagen ini datang dalam dua varian, di mana varian asas hadir dengan motor elektrik tunggal berkuasa 201 hp dan 309 Nm yang memacu roda belakang.

Pek bateri pula berkapasiti 82 kWh yang diposisikan rendah di bawah badan, dan mampu memberikan jarak operasi sejauh 402 km untuk sekali caj penuh berdasarkan data kitaran EPA.
 

id.4


Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 8.5 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 160 km/j sahaja.

Sementara varian yang lebih berkuasa pula datang dengan motor elektrik tambahan, pacuan semua roda dan angka output 302 hp.
 

ID.4


Selain daripada pameran EV, Volkswagen Fest turut membawakan pengunjung mengimbau kenangan lama menerusi pameran model klasik VW, selain persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik dan acara Volkswagen Driving Academy untuk kanak-kanak.

Pengunjung juga boleh berpeluang untuk memandu uji sendiri pelbagai model Volkswagen, bermula dari sedan Arteon yang bergaya, hatchback berkuasa Golf dan SUV keluarga VW Tiguan.

Volkswagen Fest dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu, dan 10 pagi hingga 8 malam pada hari Ahad 16 Oktober ini.